Kesan senaman tarian Zumba Fitness ke atas parameter komposisi badan dalam kalangan wanita muda yang mempunyai berat badan berlebihan

Choo, Yan Dean (2013) Kesan senaman tarian Zumba Fitness ke atas parameter komposisi badan dalam kalangan wanita muda yang mempunyai berat badan berlebihan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002338.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kelaziman obesiti dalam kalangan wanita Malaysia yang semakin tinggi berpunca daripada gaya hidup sedentari dan juga tahap aktiviti fizikal yang rendah. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan program senaman tarian Zumba Fitness selama lapan minggu ke atas parameter komposisi badan dalam kalangan wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Parameter komposisi badan yang dikaji merangkumi berat badan, Indeks Jisim Tubuh, lilitan pinggang, nisbah pinggang kepada-pinggul, peratusan lemak badan, dan juga ketebalan lipatan kulit pada tiga tapak (trisep, suprailiak dan paha). Sebanyak 26 orang wanita muda yang berumur 22.3±1.1 tahun dengan Indeks Jisim Tubuh≥23 kg/m² telah menyertai intervensi senaman tarian Zumba Fitness sebanyak dua kali seminggu, selama satu jam bagi setiap sesi. Pengurangan signifikan (p<0.05) didapati dalam semua purata parameter komposisi badan selepas intervensi kecuali ketebalan lipatan kulit pada bahagian paha. Berat badan dan Indeks Julat Tubuh subjek telah masing-masing berkurang sebanyak 1.83±1.07kg (2.67%) dan 0.77±0.48kg/m2 (2.73%). Pengurangan signifikan didapati pada purata liIitan pinggang selepas intervensi, iaitu sebanyak 2. 12±1.87cm. Kandungan lemak badan subjek telah menurun sebanyak 1.29±1.21 %. Persepsi subjek terhadap imej badan sendiri juga didapati bertambah baik selepas program senaman Zumba Fitness. Sebagai kesimpulan, program senaman tarian Zumba Fitness selama lapan minggu adalah berkesan dalam mengurangkan berat badan, Indeks Jisim Tubuh, lilitan pinggang dan peratusan lemak badan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Zumba Fitness dance, overweight women, body composition, Body Mass Index, body weight
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Oct 2014 14:48
Last Modified: 13 Oct 2017 14:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9758

Actions (login required)

View Item View Item