Penambahbaikkan simbiotik trichogramma toidea cojuangcoi nagaraja, agen kawalan biologi ulat pengorek buah koko, Conopomorpha Cramerella (Snellen)

Alias Awang (2007) Penambahbaikkan simbiotik trichogramma toidea cojuangcoi nagaraja, agen kawalan biologi ulat pengorek buah koko, Conopomorpha Cramerella (Snellen). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000488.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Satu penyelidikan telah dibuat untuk menambahbaikan pre stasi Trichogrammatoidea cojuangcoi Nagaraja, agen kawalan biologi bagi ulat pengorek buah koko (UPBK), Conopomorpha cramerella (Snellen), melalui pengeluaran semua strain betina. Kajian bermula dengan penearian parasit telur UPBK di kawasan pekebun kecil koko di Sabah. Dua parasit telur telah dijumpai iaitu Trichogramma chilonis dan Td. cojuangcoi. T. chilonis merupakan rekod baru di Malaysia kerana sebelum ini parasit ini belum dilaporkan memparasit telur UPBK. Penemuan Td. cojuangcoi pula mengesahkan penemuan terdahulu yang di kenali sebagai Trichogrammatoidea bactrae fumata Nagaraja. Analisa PCR mengesahkan kehadiran Wolbachia di dalam spesis tempatan, terutama bagi Td. cojuangcoi yang dijumpai di Tenom, walaupun kesan Wolbachia ke atas pengeluaran betina adalah kurang jelas. Kajian pemindahan Wolbachia secara melintang menunjukkan bakteria ini boleh menyebar apabila berkongsi perumah yang sama walaupun kadar perpindahannya adalah rendah. Kajian kecergasan juga menunjukkan sifat-sifat biologinya adalah sama dengan parasit telur liar, walaupun dijangkakan terdapat sedikit penambahbaikan di dalam pengeluaran betina bagi parasit telur yang dijangkiti atau pun pada parasit telur yang mempunyai bakteria yang semulajadi. Ini mungkin disebabkan oleh densiti Wolbachia yang diwarisi teah hilang selepas dipelihara beberapa generasi atau pun bakteria ini tidak mempengaruhi kecergasan betina parasit telur sama sekali. Kajian ini juga menunjukkan sebilangan betina dara yang dijumpai di Tawau berupaya mengeluarkan kedua-dua jantina. Ini menunjukkan bahawa Td. cojuangcoi berkemungkinan mempunyai modus pembiakan 'deuterotoky' iaitu campuran parthenogenesis dan pembiakkan mengawan. Pemerhatian yang sam a juga diperolehi pada Td. cojuangcoi yang telah dijangkiti dengan Wolbachia 'kaykai' dari Tenom. Manakala parasit telur yang lain diperhatikan mempunyai modus pembiakan mengawan. Walau bagaimana pun, Kejayaan parasit telur memparasit telur UPBK tidak dipengaruhi oleh kehadiran Wolbachia atau modus pembiakan. Kajian mendapati Td. cojuangcoi yang dijumpai di Tenom adalah merupakan agen kawalan biologi yang paling berpotensi kerana konsistensi daam pemparasitan telur UPBK. Di samping itu, parasit ini juga adalah yang kedua besar dan mengeluarkan peratus betina yang tinggi. Tambahan pula, parasit ini mempunyai Wolbachia semulajadi. Seeara amnya, kajian ini kurang berjaya mencapai objektifnya untuk mengeluarkan semua strain betina, tetapi dengan penemuan parasit telur yang baru, ia mungkin boleh meningkatkan keberkesanan kawalan sekiranya kedua-dua parasit dilepaskan bersama secara serentak.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Trichogrammatoidea cojuangcoi Nagaraja, biocontrol agent, cocoa pod borer (CPB), Conopomorpha cramerella (Snellen), female strain
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 12 Nov 2014 12:52
Last Modified: 30 Oct 2017 11:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/9918

Actions (login required)

View Item View Item