Prestasi varieti terpilih tembikai di atas tanah siri Silabukan

Nur Amanina Abd Rashid (2017) Prestasi varieti terpilih tembikai di atas tanah siri Silabukan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Prestasi varieti terpilih tembikai di atas tanah siri Silabukan.pdf

Download (833kB) | Preview

Abstract

Tembikai merupakan salah satu buah-buahan "yang menjadi pilihan di Malaysia. Namun, penanamannya di Malaysia masih kurang. Oleh itu, bagi menggalakkan lebih ramai menceburkan diri dalam penanaman tembikai di Sandakan khususnya, satu kajian telah dijalankan di Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan bagi mengkaji prestasi terpilih varieti yang paling sesuai di atas tanah siri Silabukan. Varieti tembikai telah dipilih dan ditanam dalam polibeg berukuran 16 sm X 16 sm. Reka bentuk eksperimen menggunakan Reka Bentuk Rawak (CRD) yang terdiri daripada 5 varieti dan 5 replikasi. Data yang direkod berdasarkan dua kategori parameter iaitu parameter tumbesaran dan parameter tanah. Parameter tumbesaran tembikai ialah panjang batang, bilangan daun, lilitan batang, bilangan bunga jantan dan bilangan bunga betina. Parameter tanah pula ialah bacaan CHN tanah. Hasil daripada kajian ini terdapat dua varieti tembikai yang paling sesuai ditanam di atas tanah siri Silabukan iaitu H520 dan H301. Kedua-dua varieti ini berjaya menunjukkan perbezaan bererti berbanding dengan varieti lain.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Watermelon , fruits , Sabah
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: NORAINI LABUK -
Date Deposited: 06 Nov 2019 13:26
Last Modified: 06 Nov 2019 13:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24006

Actions (login required)

View Item View Item