Analisis personaliti karakter protagonis dan antagonis melalui bentuk dan warna dalam filem animasi wheely (2018)

Asilah Kamisin and Imelda Ann Achin (2020) Analisis personaliti karakter protagonis dan antagonis melalui bentuk dan warna dalam filem animasi wheely (2018). Gendang Alam, 10 (2). pp. 1-18.

[img] Text
Analisis personaliti karakter protagonis dan antagonis melalui bentuk dan warna dalam filem animasi wheely (2018).pdf

Download (40kB)
[img] Text
Analisis personaliti karakter protagonis dan antagonis melalui bentuk dan warna dalam filem animasi wheely (2018)1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Karakter merupakan antara salah satu elemen penting dalam naratif. Setiap karakter mempunyai personaliti yang tersendiri dan berbeza-beza bagi menghidupkan sesebuah cerita. Kebanyakan reka bentuk karakter animasi tempatan adalah berdasarkan manusia dan haiwan yang mana boleh dinilai dengan mudah, tetapi bagi karakter antropomorfik objek (inanimate) adalah sedikit rumit. Hal ini demikian kerana pergerakan mereka yang terbatas kerana tidak mempunyai anggota kaki, tangan dan juga wajah. Walaupun begitu, personaliti juga boleh dikaji melalui bentuk dan warna pada karakter. Oleh itu, kajian ini akan memfokuskan tentang personaliti karakter protagonis dan antagonis melalui bentuk dan warna. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini lebih dominan dalam reka bentuk karakter antropomorfik objek (inanimate) dalam filem animasi Wheely (2018). Analisis dibuat berdasarkan konsep Bahasa Bentuk dan teori Colour Affects System dan hasil kajian mendapati bahawa bentuk dan warna dapat melambangkan personaliti karakter protagonis dan antagonis dalam filem animasi Wheely (2018).

Item Type: Article
Keyword: Animation Film, Wheely, Character, Personality, Object Anthropomorphic.
Subjects: L Education > L Education (General)
?? LB2300 ??
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 30 Apr 2021 08:40
Last Modified: 30 Apr 2021 08:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/25523

Actions (login required)

View Item View Item