Penyelidikan tahap penerimaan pengguna Islam di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap logo halal yang dilabelkan pada produk berasaskan coklat

Engku Norma Engku Aziz (2009) Penyelidikan tahap penerimaan pengguna Islam di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap logo halal yang dilabelkan pada produk berasaskan coklat. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000637.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap penerimaan pengguna Islam di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) terhadap logo Halal yang dilabelkan pada produk berasaskan coklat. Selain itu kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesedaran pengguna terhadap perlabelan logo Halal pada produk berasaskan coklat disamping untuk melihat tahap pengetahuan pengguna terhadap perkembangan produk berasaskan coklat. Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan pengguna terhadap logo Halal yang dilabel pada produk berasaskan coklat juga dikaji dalam penyelidikan ini. Kajian ini dijalankan ke atas 370 orang responden yang terdiri daripada pelajar UMS yang tinggal di kolej kediaman UMS, dimana seramai 205 orang responden perempuan dan 165 orang responden lelaki telah dipilih secara rawak daripada empat kolej kediaman yang berbeza. Setiap responden yang dipilih telah diberikan satu set borang kaji selidik yang perlu dijawab bagi mendapatkan maklumat kajian. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tahap penerimaan terhadap logo Halal yang dilabelkan pada produk berasaskan coklat adalah sederhana (r=0.691, p=0.00, p<0.05) dan kesedaran responden terhadap logo Halal yang dilabelkan pada produk berasaskan coklat adalah lemah (r=0.242, p=0.00, p<0.05). Manakala tahap pengetahuan responden berkaitan perkembangan produk berasaskan coklat adalah amat baik (Skor=>80). Kajian juga telah menunjukkan harga jualan, tarikh luput, senarai ramuan, maklumat berkaitan pengeluar produk, jenama dan maklumat pemakanan merupakan antara faktor yang mempengaruhi tahap penerimaan pengguna terhadap logo Halal yang dilabelkan pada produk berasaskan coklat. Juga didapati maklumat yang dilabelkan mempengaruhi tahap penerimaan, kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap logo Halal yang dilabelkan pada produk berasaskan coklat.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Halal's logo, Halal's logo label, Consumer knowledge, Chocolate products, Muslim students, Halal
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP160-165 General works on Islam
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Jun 2012 17:26
Last Modified: 23 Oct 2017 12:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4384

Actions (login required)

View Item View Item