Geologi am dan kajian kestabilan cerun di kawasan Papar Sabah

Syairul Azri Hasbah (2007) Geologi am dan kajian kestabilan cerun di kawasan Papar Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000379.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di daerah Papar, iaitu kira-kira 48 km daripada bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan ini dibatasi oleh garis bujur 115º 38.5'T hingga 115º 59'T dan garis lintang 5º 38.5'U hingga 5º 44'U yang meliputi kawasan seluas 100km². Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker yang berusia Eosen bingga awal Miosen dan endapan Aluvium Kuatenar. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji keadaan geologi am dan menganalisis kestabilan cerun yang terdapat di kawasan kajian. Sebanyak 5 sampel batuan dan 5 sampel tanah dikumpul untuk membuat analisis makmal bagi keperluan kajian geologi am dan kajian kestabilan cerun. Analisis makmal bagi sampel tanah adalah untuk menentukan sifat fiziko kimia dan sifat-sifat kejuruteraan tanah. Keputusan bagi sifat fiziko kimia tanah menunjukkan nilai kandungan kelembapan berjulat antara 25.290 % hingga 33.609%, kandungan organik berjulat antara 2.225% hingga 4.237% dan graviti tentu berjulat antara 2.573 bingga 2.682. Analisis saiz butiran mengklasifikasikan sampel kepada jenis lempung, lempung berlodak, dan lempung berlodak dan berpasir. Manakala hasil ujian had-had Atterberg yang melibatkan had cecair yang berjulat antara 39.490% hingga 62.857%, Had plastik berjulat antara 22.561% hingga 34.758% dan pengecutan linear berjulat antara 15% hingga 16.429%. Bagi penentuan sifat-sifat kejuruteraan, analisis yang dilakukan adalah pemadatan proctor, ketelapan dan kekuatan ricih tanah. Bagi analisis sampel batuan, analisis petrografi dan kekuatan beban titik batuan dilakukan. Hasil petrografi menunjukkan batuan terdiri daripada jenis arkos wak dan mineral dominan yang wujud adalah kuarza. Analisis kestabilan cerun yang dilakukan melibatkan kaedah Markland bagi cerun batuan dan kaedah hirisan bagi cerun tanah. Melalui kaedah Markland, didapati cerun batuan yang dikaji adalah berpotensi mengalami kegagalan jenis baji dan jenis planar. Melalui kaedah hirisan, didapati cerun tanah di kawasan kajian tidak selamat kerana mempunyai nilai FK yang kurang daripada 1 iaitu berjulat antara - 3.08 hingga 0.95. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun adalah disebabkan oleh kadar luluhawa yang tinggi berpunca daripada iklim tropika. Cerun batuan adalah berpotensi mengalami kegagalan kerana wujudnya ketakselanjaran-ketakselanjaran seperti kekar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Crocker formation, Slope stability, Quaternary alluvium, Papar, Sabah
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Jan 2012 16:05
Last Modified: 12 Oct 2017 11:03
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/484

Actions (login required)

View Item View Item