Penghasilan serbuk dan snek amplang daripada jambu batu

Nelly Anak Henry (2006) Penghasilan serbuk dan snek amplang daripada jambu batu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001412.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Penghasilan serbuk dan snek daripada jambu batu ini adalah bertujuan untuk membangunkan produk baru daripada jambu batu. Pemprosesan serbuk jambu batu adalah menggunakan proses pengeringan. Kadar pengeringan terbaik ditentukan dengan menggunakan suhu 50, 60, 70 dan 80°C. Keputusan yang diperolehi daripada penilaian sensori menunjukkan produk daripada suhu pengeringan 50°C merupakan kadar pengeringan terbaik. Ini adalah disebabkan formulasi tersebut mempunyai nilai skor min yang tertinggi untuk atribut warna (4.53+0.51), aroma (4.50+0.51) and penerimaan keseluruhan (4.90±0.85). Sementara itu, keputusan ujian analisis proksimat menunjukkan bahawa serbuk mengandungi 10.32% kandungan air, 10.86% abu, 11.12% protein, 0% lemak, 33.29% serabut kasar, dan 35.4% karbohidrat. Kandungan vitamin untuk serbuk ialah 13.23mg/100g. Pengformulasian dan pemprosesan snek jambu batu adalah berdasarkan penghasilan keropok amplang. Pengubahsuaian formulasi dilakukan terhadap peratusan kandungan serbuk jambu batu dan tepung ubi. Keputusan ujian sensori menunjukkan formulasi nisbah tepung ubi kepada serbuk jambu batu ialah 4:2 merupakan formulasi terbaik dengan skor min tertinggi dalam atribut rasa jambu batu (4.50%0.73), rasa tepung ubi (4. 63±0.49), aftertaste (4.40%0.56) dan penerimaan keseluruhan (4.63±0.62). Bagi mutu penyimpanan selama empat minggu, serbuk dan snek jambu batu adalah masih selamat dimakan dan masih dalam keadaan baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: guava powder, guava, vitamin C, consumption, production
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 09 Oct 2013 14:19
Last Modified: 17 Oct 2017 12:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7227

Actions (login required)

View Item View Item