Rosmalah Umin (2016) Sejarah pembangunan ekonomi Sabah di bawah pentadbiran Datuk Harris Mohd Salleh, 1976-1985. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Sejarah pembangunan ekonomi Sabah.pdf Download (18MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini merupakan satu penyelidikan mengenai sejarah pembangunan ekonomi Sabah di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Datuk Harris Mohd. Salleh. Ia bermula dari tahun 1976 setelah beliau dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 1985 dengan berakhirnya pentadbiran beliau bersama parti Berjaya. Tinjauan kajian ini berlatar belakangkan pembangunan Sabah semasa penjajahan Syarikat Borneo Utara British (Syarikat Berpiagam) sehinggalah pemerintahan kerajaan pimpinan Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun. Ia ditambah dengan sedikit pengenalan kepada perkembangan politik Sabah semasa Datuk Harris Salleh mentadbir. Dasar dalam pembangunan dan agensi kerajaan yang melaksanakan pembangunan ekonomi turut dijelaskan. Di samping itu, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta sosio-ekonomi semasa pentadbiran Datuk Harris Salleh juga dibahaskan. Kerajaan pimpinan Datuk Harris Salleh turut menghadapi pelbagai cabaran dalam pembangunan khususnya pembangunan ekonomi semasa pentadbirannya. Metod penyelidikan yang digunakan adalah penyelidikan arkib dan perpustakaan bagi mendapatkan sumber primer dan sekunder. Kaedah temu bual juga dilakukan bagi melihat pandangan Datuk Harris Salleh sendiri berkenaan pembangunan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh beliau, di samping beberapa informasi lain yang memberikan pandangan mengenai pembangunan ekonomi Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri ini. Secara keseluruhannya, kajian ini dilihat bermanfaat untuk mempelbagaikan dan menambah koleksi penulisan sejarah pembangunan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Sabah di bawah pentadbiran Datuk Harris Mohd. Salleh dart perspektif tempatan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | berjaya party, economic development, history, Datuk Harris Mohd. Salleh, administration |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic history and conditions |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 24 Oct 2017 11:39 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 11:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10093 |
Actions (login required)
View Item |