Kajian serakan sedimen di beberapa muara sungai di Pantai Barat Sabah menggunakan teknik penderiaan jauh

Mohammad din madrin (2003) Kajian serakan sedimen di beberapa muara sungai di Pantai Barat Sabah menggunakan teknik penderiaan jauh. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000511.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat serakan sedimen di sekitar muara-muara sungai kawasan Kota Kinabalu (Sungai Likas/lnanam, Sungai Menggatal dan Sungai Mengkabong). Imej Landsat TM tahun 1999 digunakan untuk membuat pemetaan serakan sedimen. Teknik klasifikasi tidak berselia digunakan sebagai metod asas untuk melihat kewujudan serakan tersebut. Nisbah jalur 3,2,1 digunakan bagi paparan imej yang jelas. Sedimen dikira berdasarkan nilai digit jalur 1 imej; Jalur 1 merupakan jalur terpendek . Rumus In(C)=Ap,+B digunakan untuk menentukan kepekatan sedimen. Sebanyak 31 kelas air telah diklasifikasikan berdasarkan teknik ini. Keputusan memaparkan nilai yang tidak signifikan di antara kepekatan sedimen dan nembor digit; julat nilai kuantiti sedimen terampai yang diperelehi daripada pengiraan adalah di antara >1 .0 mg/L hingga 35.2 mg/L berbanding nilai sedimen terampai yang dicerap di lapangan iaitu di antara >1.0 mg/L hingga 45.4 mg/L. Kepekatan sedimen menunjukkan purata pertambahan sedimen sebanyak 30.8 mg/l pada tahun 1999 hingga 2001.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: sediment dispersion, remote sensing technique, image, calibration
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Dec 2014 13:58
Last Modified: 30 Oct 2017 11:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10141

Actions (login required)

View Item View Item