Corak pertalian populasi orang-utan (Pongo pygmaeus morio Groves 2001) yang tersepih di bahagian hilir Kinabatangan, Sabah

Dg. Suzita Sheena James (2007) Corak pertalian populasi orang-utan (Pongo pygmaeus morio Groves 2001) yang tersepih di bahagian hilir Kinabatangan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000512.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian perlakuan telah dijalankan ke atas suatu populasi orang-utan yang berkepadatan tinggi di dalam kawasan seluas 6 km² tapak kajian "Kinabatangan Orang-utan Conservation Project" (KOCP). Kajian ini telah dijalankan di Lot 2 Dataran Hilir Sanktuari Kinabatangan selama dua tahun. Objektif utama kajian adalah untuk melihat impak gangguan hutan ke atas corak pergerakan, struktur sosial dan pertalian dan menyelidik samada orang-utan boleh dlgunakan sebagai petunjuk untuk hutan terganggu. Untuk membolehkan kefahaman yang lebih baik mengenai struktur sosial orang-utan berkeliaran di tapak kajian KOCP, turut dikaji data perlakuan yang ada terhadap 29 individu fokal yang sudah dikenalpasti, mewakili 7000 jam pengamatan langsung. Pengamatan perlakuan telah dijalankan menggunakan kaedah penyampelan haiwan fokal dan penyampelan perantaraan 3-minit Sampel najis telah dikumpulkan sewaktu pengamatan untuk tujuan pengenalan individu secara genetik, penentuan paterniti dan pertalian genetik. Turut didokumentasikan ialah kawasan keliaran jantan yang lebih besar (saiz purata minimum lebih kurang 200 hal dari betina (lebih kurang 140 hal, serta kawasan keliaran bertindih yang boleh menjelaskan kepadatan orang-utan tinggi yang ditemui di tapak kajian (sebanyak 6 individu/km²). Amnya pembiakaan dimonopolikan oleh jantan berpipi. Paterniti 13 anak yang berbeza telah ditentukan oleh enam ayah yang berbeza. Di kalangan enam ini, hanya dua individu yang tidak berpipi dan setiap satu darinya mengayahkan hanya satu anak. Penentuan paterniti juga mendedahkan pembiakan yang serentak antara betina. Heterozigositi yang lebih tinggi ditunjukkan oleh jantan berpipi berbanding yang tidak berpipi dan pada kelas umur individu yang muda. Diandaikan bahawa kepelbagaian berasal dari jantan yang baru bermigrasi ke dalam populasi setempat Kajian ini menunjukkan bahawa orang-utan boleh sedikit sebanyak beradaptasi di dalam hutan terganggu di Kinabatangan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Orang-utan, conservation, population, habitat
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: INSTITUTE > Institute for Tropical Biology and Conservation
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Dec 2014 13:56
Last Modified: 30 Oct 2017 11:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10152

Actions (login required)

View Item View Item