Perubahan sosial masyarakat petani: kajian kes di kampung Piasau, Kota Belud

Maine Suadik (2008) Perubahan sosial masyarakat petani: kajian kes di kampung Piasau, Kota Belud. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000513.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneliti perubahan sosial yang berlaku dalam masyarakat petani padi di Kampung Piasau, Kota Belud. Perubahan sosial dilihat dari segi pengaruh perubahan teknologi dan perkembangan pasaran terhadap amalan pertanian dan hubungan sosial masyarakat petani. Data telah diperolehi dengan menggunakan pendekatan etnografi terhadap 60 orang informan yang terdiri daripada petani yang mempunyai tanah sama ada dipinjam atau dimiliki dan aktif melakukan aktiviti pertanian padi secara sepenuh masa dan separuh masa. Hasil kajian mendapati kehidupan sosial masyarakat petani telah mengalami perubahan akibat daripada pengaruh teknologi dan pasaran. Perkembangan teknologl menyebabkan banyak amalan pertanian yang asal tidak lagi dipraktikkan oleh petani. Sistem pasaran pula telah mengubah corak penggunaan faktor-faktor pengeluaran dan meningkatkan mode pengeluaran untuk tujuan memenuhi keperluan harian dan kehendak pasaran. Pembaharuan teknologi dan perkembangan pasaran juga turut mengubah hubungan sosial yang sedia ada dalam masyarakat. Oleh kerana aspek teknologi dan pasaran sangat berpengaruh di dalam membawa perubahan sosial sesebuah masyarakat, kedua-duanya harus diberikan perhatian dalam merancang pembangunan komuniti khususnya komuniti tani luar bandar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: social change, paddy farmer, technology, agricultural sector, ethnographic method, market processes, rice cultivation
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 11 Dec 2014 13:53
Last Modified: 30 Oct 2017 11:49
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10153

Actions (login required)

View Item View Item