Selmah Abdul Rahman (2008) Penyakit gila dan rawatan tradisional dalam kalangan orang melayu kampung di mukim Kupang. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000519.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Tesis ini ditulis adalah untuk memperlihatkan kefahaman tentang penyakit gila di kalangan masyarakat Melayu di Mukim Kupang. Perbincangan mengenal isu ini merangkumi penghuraian tentang konsep penyakit gila, memahami fenomena sakit gila dan pemilihan terhadap rawatan dan pengubatan tradisional serta teknik-teknik penyembuhan dan pemulihan yang dipraktikan. Untuk menghuraikan fenomena sakit gila, kaedah yang digunakan ialah kaedah kajian kes dan life history. Kajian life history ini melibatkan enam belas orang pesakit gila yang tinggal di empat buah kampung di Mukim Kupang. Dapatan kajian ini dianalisa secara deskriptif. Berdasarkan kajian kes dan data life history itu didapati punca yang boleh menyebabkan ramai di kalangan orang-orang Melayu itu menjadi gila adalah kerana mereka mengalami tekanan jiwa. Tekanan ini dikatakan berpunca daripada tekanan hidup, kecewa, putus cinta dan seumpamanya. Namun masyarakat Melayu di Mukim Kupang, mempercayai bahawa peningkatan terhadap sakit gila itu adalah disebabkan oleh perbuatan sihir, tersalah menuntut ilmu dan seumpamanya. Atas dasar itu ada di kalangan orang-orang Melayu itu memilih rawatan secara tradisional untuk memulihkan sakit gila yang dialami oleh mereka.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | insanity, sickness, insane patient, Malay, perception, community, treatment |
Subjects: | R Medicine > RZ Other systems of medicine |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 06 Feb 2015 09:50 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 11:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10169 |
Actions (login required)
View Item |