Kajian perbandingan kandungan nutrien dan analisis fizikokimia di antara madu import dan madu tempatan yang terdapat di pasaran Sabah

Soo, Ling Shin (2002) Kajian perbandingan kandungan nutrien dan analisis fizikokimia di antara madu import dan madu tempatan yang terdapat di pasaran Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002422.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji komposisi nutrien dan juga analisis fizikokimia temadap madu import dan madu tempatan yang terdapat di pasaran Sabah. Analisis kimia telah dilakukan untuk mengesan komposisi nutrien bagi kedua-dua jenis sampel madu import dan madu tempatan. Ujian-ujian ini tennasuk analisis kandungan kelembapan (%), gula penurun sebagai dekstrosa (%). sukrosa (%), kandungan protein (%), kalori (kkal/100g), asid askorbik (mg/100g), komposisi elemen mineral (mg/100g) dan kandungan abu (%). Analisis fizikokimia juga dijalankan. Analisis ini tennasuk pH, jumlah keasidan dan keasidan bebas (meq/kg) dan jumlah pepejal larut (ºBriks). Kajian perbandingan komposisi nutrien dan sifat-sifat flZikokimia antara madu import dan madu tempatan juga telah dijalankan dengan menggunakan ujian statistik. Selain itu, madu ini juga dikaji samada mematuhi piawai Peraturan Makanan Malaysia 1985 dan segi komposisi kandungan gula penurun,kandungan kelembapan. kandungan abu, sukrosa dan keasidan. Daripada keputusan analisis, julat kandungan kelembapan bagi madu import adalah di antara 17.00 - 20.50%, gula penurun sebagai dekstrosa adalah di antara 51.32 - 70.34%, kandungan protein adalah di antara 0.22 - 0.80%, kalori adalah di antara 237.5 - 308.64 kkal/100g, asid askorbik di antara 2.33 - 5.75 mg/100g dan kandungan abu di antara 0.1971 - 0.2104%. Daripada keputusan analisis madu tempatan, julat kandungan kelembapan adalah di antara 18.33 - 20.56°k, gula penurun di antara 46.73 - 64.55%, kandungan protein di antara 0.22 - 1.53%, kalori di antara 225.32 - 289.56 kcal/100g, asid askorbik di antara 1.50 - 5.91 mg/100g dan kandungan abu di antara 0.1622 - 0.2091%. Untuk keputusan analisis mineral bagi madu import, kandungan kalium adalah di antara 10.01 - 18.34 mg/100g, kandungan kalsium ialah di antara 6.07 - 7.64 mg/100g, kandungan magnesium ialah di antara 0.49 - 4.94 mg/100g, kandungan link ialah di antara 0.10 - 0.49 mg/100g dan kandungan kuprum ialah di antara 0.141 - 0.144 mg/100g. Daripada keputusan analisis bagi madu tempatan, kandungan kalium adalah di antara 12.15 - 22.26 mg/100g, kandungan kalsium ialah di antara 7.08 - 7.64 mgl100g, kandungan magnesium ialah di antara 1.05 - 3.79 mg/100g, kandungan zink ialah di antara 0.12 - 0.19mg/100g dan kandungan kuprum ialah di antara 0.136 - 0.146 mg/100g. Untuk madu import. nilai pH adalah di antara 3.95 - 4.74. jumlah keasidan di antara 21.28 - 35.78 meq/kg dan jumlah pepejal larut di antara70.00 - 76.83°Briks. Untuk madu tempatan. pH adalah di antara 3.53 - 4.46, jumlah keasidan adalah pada julat antara 18.12 - 29.12 meq/kg dan jumlah pepejal larut adalah di antara 56.50 - 72.50ºBriks. Daripada keputusan, madu import menunjukkan kandungan gula penurun yang lebih tinggi daripada madu tempatan sementara ia mempunyai kandungan kelembapan yang lebih rendah daripada madu tempatan. Selain itu, madu import mengandungi kandungan abu yang lebih tinggi daripada madu tempatan. Kesemua sampel madu memenuhi piawai kandungan abu yang ditentukan oleh Peraturan Makanan Malaysia 1985. Sampel 210 (madu import) merupakan satu - satunya sampel di antara kesemua sampel madu yang tidak memenuhi piawai Peraturan Makanan Malaysia 1985 dari segi kandungan kelembapan dan gula penurun.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: nutrient composition, honey, statistical test, content requirement, Malaysia Food Regulation 1985
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Dec 2014 10:02
Last Modified: 23 Oct 2017 17:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10236

Actions (login required)

View Item View Item