Kajian tentang penggunaan serabut batang kelapa sawit dalam pembuatan biskut

Shahril Azizi Bin A.Rahim (2002) Kajian tentang penggunaan serabut batang kelapa sawit dalam pembuatan biskut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002424.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk mencari penyesuaian penggunaan serabut daripada batang kelapa sawit di dalam pembuatan biskut. Biskut yang mengandungi 2 %, 4 %, 6 % dan 8 % (peratusan adalah daripada jumlah berat formulasi) serabut daripada batang kelapa sawit akan dibuat. Biskut dengan penambahan saiz serabut batang kelapa sawit yang berbeza-beza ('vaskular', '60 mesh', '120 mesh - 80 °C dan "sundry") telah dihasilkan. Ujian sensori dengan menggunakan skala hedonik 9 senggatan dan penggunaan 50 orang pelajar tidak terlatih yang terdiri daripada pelajar UMS telah dilakukan. Atribut yang diuji adalah warna, aroma, tekstur, kerapuhan, "after taste" dan penerimaan keseluruhan. Keputusan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 10.0. Keputusan telah menunjukkan bahawa biskut yang ditambah serabut dengan peratusan paling sedikit (peratusan adalah berdasarkan berat keseluruhan formulasi) mempunyai skor min yang paling tinggi bagi kesemua atribut yang diuji1 Bagi keputusan biskut dengan penambahan saiz serabut yang berbeza-beza (‘vaskular '60 mesh'. '120 mesh - 80 °C dan "sundry") mempunyai skor min yang hampir sama bagi kesemuaatribut yang diuji. Ujian ANOVA dan ujian Turkey menunjukkan terdapatnya perbezaan bererti untuk kesemua ciri atribut yang diuji dalam biskut dengan penambahan peratusan serabut yang berbeza-beza. Bagi biskut dengan penambahan saiz serabut yang berbeza-beza menunjukkan ketidakbeertian untuk semua atribut dalam ujian yang sarna (ujian ANOVA dan Turkey). Keputusan analisis proksimat menunjukkan sampet biskut dengan penambahan serabut batang kelapa sawit mengandungi 2.25 % kandungan air, 0.67 % abu, 25.11 % lemak, 1.77 % gentian kasar, 4.80 % protein dan 65.39 % karbohidrat. Bagi keputusan analisis proksimat serabut batang kelapa sawit pula mengandungi 12.46 % kandungan air, 3.73 % abu, 0.03 % lemak, 21.88 % gentian kasar, 1.70 % protein dan 60.20 % karbohidrat. Keputusan yang diperolehi daripada ujian mutu penyimpanan atau flzikal pada produk akhir menunjukkan produk mempunyai jangka hayat lebih 2 bulan jika disimpan pada suhu dingi (0-5 °C) berbanding hanya 5 minggu pada suhu bilik (25-28 °C).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: fibre, oil palm , biscuit, production
Subjects: ?? TP368-456_Food_processing_and_manufacture ??
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Dec 2014 10:01
Last Modified: 24 Oct 2017 10:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10238

Actions (login required)

View Item View Item