Kualiti mikrobiologi bagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang diproses secara minima

Mohd Sofian Aziz (2001) Kualiti mikrobiologi bagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang diproses secara minima. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002425.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Makanan yang sedia di makan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang diproses minima semakin popular di kalangan pengguna. Permintaan terhadap produk ini di pasaran semakin meningkat. Objektif bagi kajian ini ialah untuk mengetahui status kualiti dari segi mikrobiologi bagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang diproses minima. Dalam kajian ini sebanyak 60 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan telah diambil di pelbagai tempat seperti pasaraya, pasar besar dan tamu. Analisis microbiologi telah dilakukan bagi menentukan bilangan bakteria (TPC), Koliform, E. coli dan S. aureus serta ujian pengesanan bagi patogen terpilih seperti E. coli 0157:H7, Vibrio spp dan Salmonella spp. Hasil menunjukkan bilangan bakteria bagi buah-buahan yang diambil di pasaraya (1.0 x 10�CFU/g) dan pasar besar (1.8 x 10� CFU/g) lebih tinggi (p<0.05) daripada sampel yang diambil di tamu (9.6 x 10� CFU/g). Namun begitu bagi sampel sayur-sayuran didapati tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) wujud di setiap tempat persampelan. Koliform didapati hadir dalam semua sampel tetapi hanya 70.0% buah-buahan dan 63.3% sayur-sayuran menunjukkan kehadiran E. Coli. Didapati purata bagi bilangan S. aureus untuk sampel buah-buahan dan sayur-sayuran masing-masing ialah 4.7 x 10³ CFU/g dan 6.9 x 10³ CFU/g. Kira-kira 23% sampel buah-buahan dan 17 sampel sayur-sayuran adalah positif bagi E. Coli 0157:H7. Didapati kekerapan kehadiran Vibrio spp dalam sampel sayur-sayuran (30%) lebih tinggi berbanding dengan sampel buah-buahan(20%). Semua sampel sayur-sayuran dan buah-buahan yang telah dianalisis adalah bebas dan Salmonella spp. Sebagai kesimpulan, kehadiran patogen seperti E. coli 0157:H7, Vibrio spp dan S. aureus menunjukkan bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan yang diproses minima tidak selamat untuk diambil disebabkan pengendalian makanan yang tidak bersih serta keadaan penyimpanan yang tidak betul.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: coliform, processed vegetables and fruits, Vibrio spp, total plate count (TPC), pathogen, S. aureus
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 23 Dec 2014 10:01
Last Modified: 24 Oct 2017 10:44
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10239

Actions (login required)

View Item View Item