Kualiti mnyak masak di pasaran Kota Kinabalu

Mohd Rosli Saleh (2000) Kualiti mnyak masak di pasaran Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002442.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian dijalankan terhadap kualiti minyak masak di pasaran sekitar kawasan Kota Kinabalu di mana terdapat 7 sampel yang dikaji. Hasil daripada kajian akan dibandingkan dengan piawaian yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti PORIM dan di antara sampel-sampel itu sendiri. Sampel minyak masak M1 dan M2 merupakan sampel yang dikeluarkan di kilang dari Semenanjung Malaysia dan selebihnya merupakan minyak masak tempatan Sabah. Keputusan yang diperolehi dari ujikaji sama ada secara fizikal atau kimia dianalisis dalam SPSS iaitu kaedah ANOVA satu hala dan Ujian Tukey. Ujian fizikal yang dijalankan adalah seperti penentuan nilai kekeruhan, penentuan indeks biasan, penentuan kelembapan, penentuan ketumpatan, penentuan takat lebur dan penentuan titik asap manakala bagi ujian kimia pula adalah penentuan nilai peroksida, penentuan nilai iodin, penentuan asid lemak bebas dan penentuan kandungan abu. Keputusan yang diperolehi daripada ujian secara fizikal dan kimia adalah dalam julat purata seperti dalam ujian penentuan nilai kekeruhan (92.7 ± 1.2 min - 4.7 ± 0.7min), penentuan indeks biasan (1.459553 ± 0.0005 - 1.459724 ± 0.0002), penentuan kelembapan (0.0123 ± 0.005% - 0.2543 ± 0.002%), penentuan ketumpatan ( 0.902483 ± 0.002 gm³- 0.898615 ± 0.001 gm³), penentuan takat lebur (16.8 ± 0.1°C - 21.8 ± 0.7°C), penentuan titik asap (218 ± 2°C - 240 ± 9°C), penentuan nilai peroksida (0.3 ± 0.2 meq - 2.9 ± 0.2 meq) , penentuan nilai iodin (59.02 ± 4 - 53.06 ± 3), penentuan asid lemak bebas (0.2 ± 0.06%- 0.4 ± 0.09%) dan penentuan kandungan abu (7.32 ± 1.0mg - 2.00 ± 4.0mg). Daripada 10 ujikaji yang dijalankan hanya 8 sahaja yang menunjukkan perbezaan nilai purata yang bererti iaitu nilai yang kurang daripada 0.05. Nilai purata yang diperolehi dibandingkan dengan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Nilai sisihan piawaian digunakan adalah untuk memberikan gambaran tentang kepersisan kaedah yang digunakan. Di antara ketujuh-tujuh sampel minyak yang dikaji, sampel M1 merupakan sampel minyak masak yang mempunyai tahap kualiti yang baik berbanding dengan sampel minyak M3 yang mempunyai kualiti yang rendah.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: cooking oil, quality, Tukey test, ANOVA test, refractive index
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 Dec 2014 09:30
Last Modified: 24 Oct 2017 11:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10257

Actions (login required)

View Item View Item