Abdul Samad Sulaiman (2006) Persepsi guru tentang kriteria dan amalan perancangan strategik di sekolah-sekolah menengah daerah Semporna. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
mt0000000553.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Perancangan Strategik adalah kepakaran seorang jeneral (Zainal Abidin Mohamed, 1999). Umum telah mengetahui tentang kepentingan perancangan strategik kepada kemajuan sesuatu organisasi khususnya sekolah. Jika di Kelantan semasa era 1980an, perancangan strategik berjaya meningkatkan kemajuan pelajaran negeri Kelantan (Abdul Wahab Ghani, 1992), tetapi kenapa di daerah Semporna menunjukkan keadaan sebaliknya. Oleh itu, kajian ini adalah ingin melihat tentang perancangan strategik sekolah-sekolah di daerah Semporna. Kajian ini ingin melihat pemahaman guru tentang visi, mist dan objektif perancangan strategik sekolah menurut persepsi guru, kajian ini juga ingin melihat adakah kriteria perancangan strategik sekolah-sekolah di daerah Semporna menepati kriteria perancangan strategik yang sebenarnya yang terdapat dalam teori Schandal dan Hofer dalam Zainal Abidin (1999) menurut persepsi guru. Seterusnya kajian ini juga melihat sama ada sekolah-sekolah menengah di daerah Semporna mengamalkan perancangan strategik atau tidak menurut persepsi guru. Kajian ini tetah dijatankan di 7 buah sekolah menengah di daerah Semporna. Sampel kajian adalah 140 orang guru yang terdiri daripada pengetua, penolong kanan, ketua bidang, ketua panatia dan guru penolong. Instrumen kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Data akan dianalisis dengan menggunakan Statistik Diskriptif seperti min dan sisihan plawai serta melihat peratus kekerapan. Analisis data adalah diolah dengan menggunakan program SPSS (Statistic Pakage For Science Social).
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | strategic planning, organisation development, teacher, perception, secondary school |
Subjects: | L Education > LC Special aspects of education |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 06 Jan 2015 10:55 |
Last Modified: | 06 Nov 2017 16:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10297 |
Actions (login required)
View Item |