Merekabentuk dan menilaikan prestasi satu sistem keselamatan optoelektronik

Lau, Yu Fatt (2005) Merekabentuk dan menilaikan prestasi satu sistem keselamatan optoelektronik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002449.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan untuk merekabentuk satu sistem keselamatan dengan menggunakan peranti optoelektronik serta menilaikan prestasi sistem tersebut. Litar pemancar dibina dengan menggunakan laser semikonduktor (diod). Litar penerima dihasilkan dengan menggunakan perintang bersandar cahaya (LDR) atau dikenali sel rintangan foto sebagai pengesan sinaran laser. Sistem ini diuji dengan menggunakan pelbagai penapis warna untuk rnenghalang sinaran laser daripada menuju ke sensor LDR. Rintangan dalaman dan beza keupayaan pada sensor LDR diukur. Melalui kajian ini didapati penapis warna hijau dan cyan akan menghalang sinaran laser. Selain itu, pre stasi sistem juga diuji melalui jarak maksimum isyarat laser dikesan oleh litar penerima dengan rintangan perintang boleh laras yang berbeza serta dalam kecerahan cahaya sekeliling yang berbeza. Jarak maksimum yang dapat dikesan oleh sensor LDR adalah 120.69 m. Sinaran laser yang dikesan oleh sensor LDR didapati menurunkan rintangan dalaman sensor. Apabila sinaran laser tidak sampai kepada sensor, rintangan sensor adalah besar. Pengaliran arus bertukar dan mengaktifkan penerus pengawal silikon (SCR) dan geganti serta membunyikan alat pendengung. Kesimpulannya, sistem keselamatan optoelektronik yang dihasilkan menunjukkan prestasi yang baik.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Light Dependent Resistor (LDR), sensor, security system, Silicon Controller Rectifier (SCR)
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 28 Jan 2015 11:17
Last Modified: 24 Oct 2017 11:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10328

Actions (login required)

View Item View Item