Tang, Teik Hui (2005) Perbandingan pulangan antara ahli dana amanah dengan ahli bukan dana amanah dalam KWSP. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002450.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan pulangan antara ahli dana amanah dengan ahli bukan dana amanah dalam KWSP pada tahun 1986 hingga 2000. Andaian dibuat ke atas seorang guru yang menyimpan wang di dalam KWSP dan dana amanah Kaedah faedah ringkas dan anuiti digunakan untuk menghitungkan jumlah wang dalam akaun KWSP dan dana amanah yang disimpankan oleh guru tersebut dengan gaji permulaan sebanyak RM 1710.60. Pada akhir tahun 2000, didapati jumlah wang dalam akaun dana amanah adalah sebanyak RM 143154.74 manakala jumlah wang dalam akaun KWSP hanya sebanyak RM 112858.38. Kaedah regresi linear digunakan untuk: membuat peramalan terhadap kadar dividen KWSP dan dana amanah pada tahun 2001 dan 2002. Didapati kadar dividen dana amanah yang diramalkan adalah lebih tinggi berbanding dengan kadar dividen KWSP yang diramalkan Peramalan kadar dividen dana amanah bagi tahun 2001 dan 2002 adalah sebanyak 11.74% dan 6.38%. Manakala peramalan kadar dividen KWSP bagi tabun 2001 dan 2002 adalah sebanyak 4.96% dan 5.11%.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | unit trust holder, EPF, interest and annuity, total saving, linear regression, dividend rate |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 06 Feb 2015 09:28 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 11:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10329 |
Actions (login required)
View Item |