Lee, King Huie (2005) Transfomasi embrio tidak matang kelapa sawit menggunakan Agrobacterium tumefasiens. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002461.pdf Download (11MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini melibatkan penggunaan Agrobacterium tumefasiens (strain) AGL1pCAMBIA 1303 untuk transfomasi kelapa sawit. Terdapat plasmid pCAMBIA mengkodkan gen hpt dan gusA. Embrio kelapa sawit varieti Elaeis Tenera dikulturkan pada media MS (Murashige & Skooge). Mengikut tempoh prakultur yang berlainan, setiap tempoh prakultur terdapat 3 jenis rawatan. Rawatan kawalan, eksplan akan dilukakan, direndamkan dengan air suling yang steril dan dikulturkan pada media MS. Rawatan dengan acetosyringone iaitu eksplan akan diinokulasi dengan Agrobacterium yang telah ditambah dengan 200uM acetosyrigone. Rawatan tanpa acetosyringone iaitu eskplan akan diinokulasi dengan Agrobacterium tanpa ditambah dengan Acetosyringone. Selepas proses inokulasi, eksplan akan dikulturkan pada media kokultivasi selama 5 hari dan seterusnya akan disubkulturkan pada media pemilihan. Selepas 3 hari atas media pemilihan, sebahagian eksplan akan diuji dengan Ujian Histokimia GUS. Berdasarkan tempoh prakultur terbaik yang telah dicapai dan proses yang sama akan diulang tetapi mengikut tempoh kokultivasi yang berlainan. Daripada kajian ini, tempoh prakultur terbaik adalah 2 minggu, tempoh kokultivasi terbaik adalah selama 7 hari dan kesan 200uM acetosyringone terhadap kadar pengekspresan GUS adalah rendah.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Agrobacterium tumefasiens, oil palm, embryo, control treatment, acetosyringone, cocultivation |
Subjects: | Q Science > QK Botany |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 14 Jan 2015 11:38 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 11:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10352 |
Actions (login required)
View Item |