Cheong, Chew Min (2005) The mathematics in origami and origamic architecture. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002471.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Penghasilan tesis ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara origami dan arkitek origami (OA - Origamic Architecture) dengan bidang matematik. Origami adalah seni melipat kertas segiempat sarna tanpa menggunting atau melekat kertas tersebut. OA pula merupakan seni pemodelan struktur dan bangunan menggunakan kertas. Berbeza dengan origami, OA membenarkan kertas tersebut dikoyak atau digunting. Di samping mendedahkan hubungan origami dan OA dengan sains, tesis ini turut bertujuan untuk mengkaji sejarah dan perkembangan seni melipat kertas. Definisi secara saintifik bagi kedua-dua origami dan OA juga dibincangkan dalam penulisan. Prosedur dalam penghasilan model OA dan kaedah untuk menjana pennukaan lengkung pada kertas turnt dikemukakan. Sistem koordinat yang menghubungkan rekabentuk OA dalam dua matra dengan modelnya dalam tiga matra dapat dikenalpasti dengan rumus-rumus yang dikemukakan. Dari segi kegunaan origami dan OA, potensinya untuk diperkembangkan bagi penghasilan produk berkenaan secara besar-besaran turut dikaji. Dalam pada itu, kegunaan origami dan OA sebagai peralatan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran juga dibincang, khususnya dalam geometri yang banyak membincangkan hubungan antara permukaan dua matra dengan ruang tiga matra.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | origami, origamic architecture (OA), mathematic, art of paper, geometry |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 16 Jan 2015 14:20 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 11:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10364 |
Actions (login required)
View Item |