Mohd Nazran Mohamad Nawi (2004) Geologi am dan geologi struktur kawasan Togop, Tamparuli, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002473.pdf Download (6MB) | Preview |
Abstract
Kawasan kajian terletak lebih kurang 40 km dari Bandaraya Kota Kinabalu di sepanjang jalanraya kawasan Tamparuli menghala ke Ranau. Kawasan ini terletak dalam lingkungan garis latitud dari 06º05' U hingga 06º10' U dan garis longitud dari 116º 15'T hingga 116º30'T. Kawasan kajian diwakili oleh dua jenis batuan iaitu Formasi Crocker dan Igneus Plutonik serta Endapan Aluvium Kuaternari. Formasi Crocker terdiri daripada Unit Batu Pasir Tebal yang dicirikan oleh kehadiran struktur beban dan batu pasir bertekstur kasar hingga sederhana, Unit Selanglapis Batu Pasir dan Syal dengan kehadiran struktur galur, flut, riak dan sebagainya serta Unit Syal Tebal. Igneus Plutonik ini adalah batuan sienit dan merupakan stok batuan yang merejah keluar menembusi sedimen Crocker. Endapan Aluvium Kuatemari dicirikan oleh selanglapis blok batuan formasi aluvium tua. Arah daya canggaan yang diperolehi dari hasil analisis struktur di kawasan kajian mempunyai tren Baratlaut-Tenggara .
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Crocker formation, Plutonic Igneous, Quaternary Alluviums, sandstone, geology |
Subjects: | Q Science > QE Geology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 16 Jan 2015 14:19 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 11:33 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10366 |
Actions (login required)
View Item |