Geologi am dan sedimentologi di kawasan Sipitang, Sabah

Lee, Khai Lin (2006) Geologi am dan sedimentologi di kawasan Sipitang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002492.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian merangkumi kawasan Kampung Merintaman Baru, Sabah Forest Industries (SFI), Hutan Rizab Merintaman-Mengalong hingga ke Sindumin, iaitu sempadan antara negeri Sabah dan Sarawak. Ia dibatasi oleh garis lintang 4°58'U hingga 5º05'U dan garis bujur 115°31'T hingga 115°36'T dengan keluasan hampir 100 km². Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker, Formasi Meligan, Formasi Liang dan Endapan Kuatemer. Formasi Crocker yang dipercayai berusia Eosen Atas hingga Miosen Bawah telah ditindih oleh Formasi Meligan yang dipercayai berusia Miosen Atas secara ketakselarasan. Formasi Liang pula dipercayai menindih Formasi Meligan secara Ketakselarasan dan ia ditindih oleh Endapan Kuatener. Formasi Crocker terdiri daripada tiga unit batuan, iaitu Unit Batu Pasir Tebal, Unit Selang Lapis Batu Pasir dan Syal dan Unit Syal Tebal. Analisis jujukan menegak terhadap unit-unit batuan menunjukkan bahawa enapan yang dipengaruhi oleh arus turbidit ini terenap di kawasan kipas bawah hingga dataran lembangan. Punca sedimen didapati berasal dari kitaran semula. Bagi Formasi Meligan, ia terdiri daripada tiga unit batuan juga, yakni Unit Batu Pasir Tebal, Unit Selang Lapis Batu Pasir dengan Batu Lumpuran serta Unit Batu Lumpuran Tebal. Analisis jujukan menegak mencadangkan ia adalah jenis endapan delta di zon pesisir. Punca Sedimen didapati juga berasal dari kitaran semula. Formasi Liang yang merupakan jenis endapan sungai terdiri daripada konglomerat, sedikit batu pasir dan batu lumpur berlignit. Batu pasir didapati berselang lapis dengan batu lumpur dan membentuk alur. Endapan Kuatener pula dicirikan oleh klasta-klasta batuan dalam matriks longgar. Klasta ini adalah batu pasir putih yang kaya dengan kuarza. Analisis struktur geologi rantau dan tempatan menunjukkan bahawa kawasan kajian telah dipengaruhi oleh daya canggaan yang berorientasi Barat Laut - Tenggara.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Crocker Formation, Quaternary Deposit, conglomerate, sandstone, geological structure
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 21 Jan 2015 16:17
Last Modified: 24 Oct 2017 13:50
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10405

Actions (login required)

View Item View Item