Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah laterit di kawasan Ranau, Sabah.

Fong, Chooi Kuin (2005) Geologi am dan sifat kejuruteraan tanah laterit di kawasan Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002500.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di bahagian utara Ranau yang kedudukannya kira-kira 115 km ke arah timur laut dari bandar Kota Kinabalu. Tempat ini disempadani oleh garis lintang antara 05º 57' U hingga 06º00' U dan garis bujur antara 116º40' T hingga 116º 46' T. Objektif kajian ini mengkaji geologi am dan mengkaji sifat kejuruteraan tanah laterit di Utara Ranau. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Trusmadi, Formasi Crocker, Endapan Pinousuk Grabel, batuan ultrabes dan Aluvium Kuaterner. Petrografi menunjukkan batuan induk bagi batuan ultrabes ialah peridotit, manakala batu pasir pada Formasi Trusmadi dikelaskan sebagai graiwak. Parameter-parameter seperti nilai pH, kandungan kelembapan, kandungan bahan organik (BOT%), analisis saiz butiran digunakan untuk mengkaji sifat-sifat fiziko-kimia tanah laterit Sifat kejuruteraan tanah pula dianalisis dengan ujian-ujian seperti Had-had Atterberg, graviti tentu, pemadatan tanah, rnampatan paksi riga dan ujian kebolehtelapan. Ketiga-tiga sampel yang dianalisis, mempunyai julat pH di antara 5.7 hingga 6.6 dan merupakan tanah berasid. Sampel R1 merupakan tanah yang bertekstur pasir dan lodak berlempung, dengan mengandungi kandungan kelembapan sebanyak 37.1%. Sampel R2 merupakan tanah bertekstur lodak berlempung dengan pasir dan bernilai kandungan kelembapan sebanyak 52.8%. Manakala sampel R3 bersaiz lempung dan mempunyai kandungan kelembapan yang tertinggi iaitu sebanyak 59.9%. Julat kandungan bahan organik bagi ketiga-tiga sampel adalah di antara 9.3% hingga 10.2%. Ketiga-tiga sampel bersifat keplastikan tinggi dan mempunyai had cecair pada julat 51.9% hingga 68.7%. Kajian graviti tentu menunjukkan ketiga-tiga sampel mengandungi mineral gibsit yang banyak, dengan nilai graviti tentu antara 2.61 hingga 2.79. Sampel R1 menunjukkan nilai ketumpatan kering tertinggi (1.41 Mg/m³) dan diikuti oleh R3 sebanyak 1.28 Mg/m³ dan R2 bernilai 1.24 Mg/m³. Sampel R1, R2 dan R3 masing-masing mempunyai kekuatan ricih sebanyak 4.2kN/m², 2.5 kN/m² dan 3.9 kN/m². Sampel R1, R2 dan R3 masing-masing mempunyai nilai kebolehtelapan sebanyak 2.6205 X 10��mis, 1.1365 X 10�� mls dan 1.0045 X 10��m/s.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: geological structure, rock formation, soil
Subjects: Q Science > QE Geology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 Jan 2015 13:45
Last Modified: 24 Oct 2017 13:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10417

Actions (login required)

View Item View Item