Taburan sedimen terampai di Teluk Sepanggar

Fender Jack Anag (2006) Taburan sedimen terampai di Teluk Sepanggar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002507.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap pergerakan dan taburan sedimen terampai telah dijalankan di 15 stesen kajian di sekitar Teluk Sepanggar. Kajian ini meliputi pengaruh arus pasang surut dan sungai terhadap taburan sedimen terampai tersebut. Pensampelan telah dilakukan sebanyak tiga kali, iaitu pada 7 Februari 2006, 24 Februari 2006 dan pada 6 Mac 2006. Sampel air telah diambil dengan menggunakan Water Sampler, manakala arah dan kelajuan arus telah diukur dengan menggunakan Aquadopp. Data arus dan berat sedimen terampai dianalisis menggunakan program Microsoft Excell. Keputusan kajian menunjukkan kepekatan sedimen terampai adalah tinggi di stesen berhampiran dengan muara Sg. Inanam dan Sg. Menggatal. Purata halaju arus pada 7 Februari 2006, 24 Februari 2006 dan 6 Mac 2006 masing-masing adalah 0.1288ms•l , 0.2859ms�¹ dan 0.317ms�¹. Purata berat sedimen terampai adalah 0.011 g/L, 0.0197 g/L dan 0.0154 g/L bagi setiap kali pensampelan, manakala purata arah arus pula adalah 193.17°, 214.73° dan 269.63°. Perhubungan yang lemah ditunjukkan di antara halaju arus dan purata berat sediment terampai, iaitu 0.1035, 0.0869 dan 0.0034 bagi setiap kali pensampelan disebabkan oleh pengaruh aliran sungai dan faktor-faktor lain seperti ombak, pasang surut dan arus yang terdapat di kawasan tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: sediment distribution, Total Suspended Sediment (TSS), velocity, weight
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 06 Feb 2015 09:23
Last Modified: 24 Oct 2017 14:09
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10465

Actions (login required)

View Item View Item