Wong, Poh Mei (2004) Pemeringkatan prestasi pencapaian program di Sekolah Sains dan Teknologi. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002510.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina satu rangka bagi pemeringkatan prestasi pencapaian antara 8 buah program di Sekolah Sains Dan Teknologi (SST) terbadap outputnya iaitu bilangan pelajar yang tarnat pengajian pada tahun 2001. Kajian ini adalah berdasarkan kategori input iaitu bilangan pelajar yang mendaftar dan bilangan kakitangan akademik dengan menggunakan kaedah Analisis Regresi Berganda. Pemeringkatan antara program ditentukan dengan menggunakan petunjuk prestasi di mana petunjuk prestasi adalah perbezaan nilai output sebenar dengan output jangkaan. Output jangkaan bagi setiap program dapat dikira dengan menggunakan anggaran persamaan garis regresi apabila diberi nilai-nilai inputnya. Hasil kajian didapati bahawa program Bioteknologi menduduki tempat pertama, diikuti dengan program Fizik dengan Elektronik, program Biologi Pemuliharaan, program Sains Sekitaran, program Kimia Industri, program Geologi, program Teknologi Tumbuhan dan program Matematik dengan Ekonomi.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | multiple regression, performance ranking, performance indicators |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 09 Feb 2015 11:38 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 14:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10481 |
Actions (login required)
View Item |