Pemencilan mikrosatelit dinukleotida menggunakan teknik "5' anchored PCR" daripada nenas (Ananas comosus var. comosus)

Faeza Ahmad Fuad (2005) Pemencilan mikrosatelit dinukleotida menggunakan teknik "5' anchored PCR" daripada nenas (Ananas comosus var. comosus). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae00000025196.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Pengoptimasian dalam PCR berpandukan kepada keadaan reaksi piawai adalah diperlukan bagi keberkesanan proses penganilan dan pemanjangan primer. Melalui kajian lepas, optimasi boleh dilakukan pada beberapa parameter yang telah dikenalpasti. Kajian ini memfokuskan kepada mikrosatelit dinukleotida pada genom nenas (Ananas comosus var. comosus). DNA nenas diekstrak melalui kaedah pengaraman keluar dan mengamplifikasi jujukan DNA melalui teknik 5' -anchored PCR menggunakan primer degenerat iaitu UMS2 (KKVRVRV(TG)₂₀). Produk PCR diperiksa menggunakan elektroporesis dengan gel agaros 2% bagi memastikan kehadiran jalur yang mempunyai berat molekul lebih dari 500bp. Kajian ini memberikan basil pengekstrakan DNA yang baik berdasarkan kepada bentuk jalur yang terang dan jelas. Produk PCR menghasilkan jalur pada kedudukan berat molekul yang rendah selepas amplifikasi PCR. Suhu penganilan yang memberikan kedudukan jalur yang terbaik adalah pada 56°C. Berdasarkan kajian ini adalah penting untuk mengoptimasi keadaan reaksi bagi mendapatkan sifat spesifikasi dan sensitiviti yang maksimum semasa proses PCR.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: PCR, optimization, dinucleotide microsatellite, pineapple, DNA, extraction
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 18 Mar 2015 12:14
Last Modified: 24 Oct 2017 14:32
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10518

Actions (login required)

View Item View Item