Profil casuarina equisetifolia di Pulau Tiga, Sabah

Khatejah Kamaruddin (2005) Profil casuarina equisetifolia di Pulau Tiga, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002538.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian Casuarina equistifolia telah dijalankan bermula 27 November sehingga 17 Disernber 2004. di tiga kawasan di Pulau Tiga iaitu Bukit Telu, Bukit Mat Salleh dan Bukit Layang-layang. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji perbezaan taburan Casuarina equistifolia di ketiga-tiga bukit, melihat hubungan antara ketinggian dan dbh dan mendapatkan profil taburannya. Kaedah pensampelan yang digunakan adalah kaedah kuadrat dan garis transek. Manakala untuk mengukur ketinggian prinsip geometri segi tiga sebentuk digunakan.Berdasarkan kepada 90 unit kuadrat (l0mxl0m) yang digunakan mendapati jumlah keseluruhan Casuarina adalah 384 batang pokok denganjulat ketinggian 40 hingga 44m. Taburan Casuarina banyak tertumpu di kawasan puncak dan pinggir pantai. Bukit Layang-layang mencatatkan bilangan Casuarina yang paling banyak iaitu 270 batang pokok. Ujian Kruskel-Wellis menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan (p<0.05). membuktikan bahawa taburan Casuarina adalah tidak sama di ketiga-tiga kawasan. Manakala pekali kolerasi Spearman 0.968 menunjukkan hubungan positif antara ketinggian dan dbh. Melalui kajian ini juga profil taburan Casuarina pada lokasi puncak bukit dan pinggir pantai Bukit Telu dan Bukit Layang-Iayang diperolehi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Casuarina equistifolia, quadrats, line transects, triangle geometri principle, Kruskel-Wellis test
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Mar 2015 12:52
Last Modified: 24 Oct 2017 14:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10591

Actions (login required)

View Item View Item