Perbandingan kepelbagaian serangga akuatik antara dua kawasan sungai Papar di banjaran Crocker

Lydia John Minggi (2006) Perbandingan kepelbagaian serangga akuatik antara dua kawasan sungai Papar di banjaran Crocker. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002540.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah mengenai kepelbagaian serangga akuatik yang terdapat di Sungai Papar di Banjaran Crocker. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui komposisi serangga akuatik di Sungai Papar, Banjaran Crocker dan juga membuat perbandingan kepelbagaian serangga akuatik pada Sg. Papar di kawasan terganggu dan tidak terganggu. Rekabentuk eksperimen yang digunakan dalam kajian ini adalah secara replikasi berselang-seli iaitu dengan menggunakan Kaedah Persampelan Sistematik manakala kaedah persampelan yang digunakan pula adalah dengan menggunakan kaedah jaring tendang dan juga jaring akuatik. Analisis yang digunakan bagi menginterpretasikan data adalah dengan menggunakan Indeks Kepelbagaian Spesies Shannon Wiener, Indeks Kesamarataan Spesies, Indeks Kedominan Simpson, dan Indeks Persamaan Sorenson. Melalui keputusan yang diperolehi, didapati terdapat sembilan order dan 29 famili yang ada di Sg. Papar. Dari segi kepelbagaian spesies pula, analisis Kepelbagaian Shannon Wiener menunjukkan nilai H' bagi kawasan tidak terganggu adalah 2.4759, manakala bagi kawasan tidak terganggu pula nilai bagi H' adalah 2.4161. Melalui data ini didapati tidak ada perbezaan yang ketara dari segi kepelbagaian antara kawasan tidak terganggu dan juga kawasan terganggu.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: diversity, aquatic insect, composition, systematic sampling method, kick-net and dip-net method
Subjects: Q Science > QL Zoology
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 10 Mar 2015 17:00
Last Modified: 24 Oct 2017 15:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10593

Actions (login required)

View Item View Item