Siti Rohayu Abdul Latib (2009) Penglibatan wanita dalam sektor tidak formal: Satu kajian kes di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002561.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini menghuraikan dan mengupas seeara tetiti mengenai penglibatan wanita dalam sektor tidak formal di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Aspek kajian bertumpu kepada faktor-faktor yang mendorong wanita untuk menceburkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam sektor tidak formal. Selain itu, penyelidik cuba mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh wanita semasa menjalankan aktiviti harian mereka dalam sektor tidak formal. Seterusnya, penyelidik cuba melihat bagaimana kegiatan wanita dalam membahagikan tugas di antara sektor tidak formal dan rumahtangga. Hasil kajian menunjukkan sebilangan besar responden yang melibatkan diri dalam sektor tidak formal adalah disebabkan untuk menambahkan pendapatan keluarga di samping minat yang mendalam terhadap sektor perniagaan kecil-kecilan. Manakala masalah kekurangan modal merupakan masalah yang sering dihadapi oleh semua responden yang dikaji. Masa bekerja yang fleksibel tidak menghalang dan menyekat penglibatan responden dalam sektor tidak formal. Sementara itu, hasil pendapatan yang diperolehi oleh responden dapat mengurangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh keluarga masing-masing.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | women involvement, informal sector, working time, housework, financial problem |
Subjects: | H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 09 Mar 2015 14:21 |
Last Modified: | 25 Oct 2017 14:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10613 |
Actions (login required)
View Item |