Analisis komparatif lagu-lagu popular Dusun di Sabah: Kajian tertumpu kepada era 60an-80an dan era 2003-2006

Andrew Poninting (2008) Analisis komparatif lagu-lagu popular Dusun di Sabah: Kajian tertumpu kepada era 60an-80an dan era 2003-2006. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000567.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Dusun di Sabah iaitu, diantara 10 buah lagu pilihan paling popular di era 60an-80an dan 10 lagu dalam carta Bontugan Sinding Dusun 2006 di era 2003-2006. Analisis komparatif yang dijalankan merangkumi analisis terhadap elemen-elemen sebuah komposisi lagu popular iaitu; bentuk dan penciptaan lagu, skala dan harmoni, instrumentasi dan gubahan lagu serta lirik lagu. Prosses analisis bermula daripada mendengar, mengamati dan menyalin semula 20 buah lagu popular terpilih kepada bentuk notasi muzik yang standard dengan menggunakan perisian komputer muzik iaitu, Sibelius 3. Setelah itu, analisis akan diteruskan dengan meneliti dan mengenalpasti bentuk lagu dengan perbandingan dari aspek melodi dan lirik lagu setiap rangkap. Selepas bentuk lagu dikenalpasti, kajian terhadap motif lagu akan dijalankan dengan meneliti frasa-frasa melodi yang terbentuk dalam dua (2) bar, empat (4) atau dalam satu bentuk frasa melodi yang panjang. Sementara jeda dalam setiap motif lagu akan dikaji seperti jeda; major 2, minor 3, major 3 dan sebagainya. Setelah motif lagu dikaji, pengembangan motif akan dianalisis berdasarkan kepada teknik-teknik seperti teknik pengulangan, balikan, variasi ritma, perubahan pic dan tranposisi pic. Hasil gabungan beberapa motif dalam sebuah lagu akan membentuk satu skala, adakah lagu tersebut dibentuk dalam skala major (do, re, mi, fa, so, la, ti), skala major pentatonik (skala lima not ialah; do, re, mi, so, la) atau minor pentatonik (do, me, fa, so, te). Dalam sebuah komposisi lagu popular, lirik yang baik merupakan antara faktor penting dalam populariti lagu tersebut. Oleh sebab itu, penyelidik akan menemubual mamai-mamai (orang-orang tua yang masih hidup dan mengamalkan bahasa ibunda (dusun) yang asli) tentang erti setiap senikata lagu dan maksud yang tersirat. Di samping itu, penyelidik akan mengkaji instrumentasi dalam iringan lagu semasa rakaman dan gubahan lagu. Kajian ini dilakukan dengan mendengar dan mengamati berpandu kepada audio asal dan notasi muzik yang telah ditulis. Hasil daripada kajian dan analisis yang dijalankan, elemen-elemen penting yang terdapat pada 20 buah lagu popular Dusun akan dapat dikenalpasti. Oleh yang demikian, rumusan dapatan analisis komparatif akan dijadikan sebagai bahan rujukan bagaimana mencipta dan mengubah sebuah komposisi beridentitikan lagu popular Dusun di Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Dusun songs, 60's-80's, Bontugan Sinding Dusun, lyric, original audio recordings, popular songs, listening
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Department: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Mar 2015 12:42
Last Modified: 06 Nov 2017 16:53
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10650

Actions (login required)

View Item View Item