Suzie Madiana Ak Reggie (2009) Malaysia dan isu Antartika era Tun Dr. Mahathir Mohammed. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002569.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dibuat untuk meninjau latar belakang isu Antartika yang telah diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad di peringkat antarabangsa. Selain itu, tulisan ini juga bertujuan untuk menganalisa tindakan Malaysia dan dasar luar Tun Dr. Mahathir Mohammad berhubung dengan isu Antartika. Di samping itu, tulisan ini juga melihat sejauhmanakah keberkesanan Malaysia dan dasar luar Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam isu Antartika di peringkat antarabangsa. Penulisan ini juga memperlihatkan bagaimanakah Tun Dr. Mahathir Mohammad memainkan peranan beliau sebagai seorang pemimpin negara kecil dalam mempertengahkan isu Antartika dalam konteks antarabangsa. Subjek yang ditekankan dalam penulisan ini adalah melihat sejauhmanakah peranan organisasi antarabangsa seperti Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) . Selain itu, penulisan ini juga melihat dari aspek luar iaitu peranan Scientific Committee on Antarctic Research (SCAR) dan Malaysia Antarctic Research Programme (MARP). Penulisan ini turut memperlihatkan tindak balas negara-negara ahli yang telah menandatangani perjanjian Antartic Treaty 1959 dan juga negara-negara yang tidak menyertai triti tersebut. Kesimpulannya, Walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang dikategorikan sebagai sebuah negara kecil dalam konteks ketenteraan dan ekonomi. Namun, dengan keberanian Tun Dr. Mahathir Mohammad dalam menyuarakan pendapatnya telah membuka mata banyak negara yang selama ini hanya memandang remeh kepentingan yang wujud di benua Antartika.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Antarctic issue, Tun Dr. Mahathir Mohammad, PBB, SCAR, MARP, Antarctic Treaty 1959 |
Subjects: | J Political Science > JZ International relations |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 12 Mar 2015 12:41 |
Last Modified: | 25 Oct 2017 14:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10651 |
Actions (login required)
View Item |