Hasliani Hashim (2002) Analisis sebatian-sebatian meruap dalam minyak pati eugenia caryophyllus, illicium verum dan elattaria cardamomum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002571.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Tiga jenis rempah telah dikaji dalam projek ini. Rempah yang telah digunakan ialah buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji sebatian kimia organik meruap yang terdapat dalam minyak pati ketiga-tiga herba ini. Pengestrakkan minyak pati dilakukan dengan menggunakan pelarut n-heksana. Minyak pati diperolehi dialirkan dengan gas nitrogen untuk pemekatan. Analisis minyak pati dilakukan dengan menggunakan alat komatografi gas - spektrometer jisim. Hasil analisis yang diperolehi menunjukkan bahawa sebatian-sebatian meruap phellandrene, terpineol dan caryophellene terdapat di dalam ketiga-tiga sampel. a-phellendrene, a-pinene, β-pinene dan limonene telah dapat dikesan di dalam minyak pati sampel buah pelaga. Di dalam sampel minyak pati bunga lawang pula antara sebatian-sebatian yang telah dapat dikenalpasti adalah 4-allylanisole, anethol dan camphene. Walau bagaimanapun sebatian-sebatian meruap dalam bunga cengkih tidak dapat dikenalpasti oleh kerana tiada rujukan piawai.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | herb, cardamom, clove, star anise, volatile organic component (VOC), essential oils, hydro distillation, extraction, n-hexane, nitrogen gas, clove |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 12 Mar 2015 12:37 |
Last Modified: | 25 Oct 2017 14:22 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10653 |
Actions (login required)
View Item |