Nor Faizatul Akmar Abdul Latiff (2005) Penentuan Residu Endosulfan dalam air larian dan air larut resapan di kawasan pertanian Penampang,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002582.pdf Download (894kB) | Preview |
Abstract
Kajian penentuan kandungan kepekatan residu endosulfan dalam air larian dan air larut resapan dijalankan di daerah Penampang, Sabah. Air larian pennukaan dan air larut resapan ini dijana daripada batas sayur kangkung dan sayur bayam. Kaedah penanaman adalah mengikut praktis para petani daerah tersebut secara keseluruhannya. Persampelan dijalankan mengikut umur sayur yang telah disembur iaitu pada umur 7 hari dan 14 hari untuk sayur kangkung, dan bagi sayur bayam pula pada umur 10 hari dan 21 hari. Pestisid endosulfan hanya disembur hanya sekali sepanjang tempoh penanaman dengan kepekatan 8x10"9 g/L. Kaedah analisis yang digunakan merangkumi pengekstrakan, pemekatan hasil ekstrak, pembersihan hasil ekstrak dan analisis Kromatografi Gas dengan Pengesan Penangkap Elektron (ECD). Keputusan menunjukan tiada residu endosulfan yang hadir melebihi 2ppm iaitu had piawai yang digunakan untuk analisis GC dalam kedua-dua jenis air yang disampel walaupun air disampel mengikut umur sayur.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Penampang farming , residual of endosulfan concentration , sprayed vegetables , |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 30 Mar 2015 15:57 |
Last Modified: | 25 Oct 2017 14:31 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10701 |
Actions (login required)
View Item |