Penentuan nilai pemakanan sarang semut Myrmecodia Tuberosa Jack

Siti Aminah Nor Ismail (2007) Penentuan nilai pemakanan sarang semut Myrmecodia Tuberosa Jack. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002588.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Myrmecodia tuberosa Jack yang dikenali sebagai sarang semut jantan oleh masyarakat tempatan merupakan sejenis tumbuhan yang dipercayai mempunyai potensi yang amat besar dalam mengubati pelbagai penyakit. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk menentukan nilai pemakanan sarang semut Myrmecodia tuberosa Jack dan mengkaji perubahan nilai pemakanan sarang semut Myrmecodia tuberosa Jack selepas dikenakan rawatan pengekstrakan air panas dan pengekstrakan dengan penyejat berputar. Sampel selepas dikeringkan dan selepas diekstrak sama ada dengan air panas atau pelarut organik telah dianalisis kandungan fizikokimianya, kandungan proksimat dan juga kandungan mineral (Ca, Na, K dan Mg). Analisis yang dijalankan menunjukkan bahawa sampel yang dikeringkan mempunyai nilai pH 6.10±0.24, jumlah pepejal larut 4.47±0.38, keasidan 0.89±0.07, kandungan air 73.69±0.80%, kandungan lipid 2.98±0.48%, kandungan abu 3.65±0.28%, kandungan serabut kasar 1.49±0.99%, kandungan protein 1.70±0.21% dan kandungan karbohidrat 16.49%. Analisis mineral menunjukkan bahawa sampel yang dikeringkan mempunyai 0.019mg/l00g kalsium, 0.308mg/l00g natrium, 0.048mg/l00g kalium dan 0.0l8mg/l00g magnesium. Sampel yang diekstrak dengan air panas mempunyal nilai pH 6.97±0.13, jumlah pepejal larut 2.97±0.05, keasidan 1.05±0.08, kandungan air 91.78±0.17%, kandungan lipid 0.04±0.03%, kandungan abu 0.02±0.01 %, kandungan serabut kasar 1.24±0.6% dan kandungan protein 0.89±8.31. Analisis mineral menunjukkan bahawa sampel yang diekstrak mempunyai 8.021mg/l00g kalsium, 8.073mg/100g natrium, 0.028mg/l00g kalium dan 0.013mg/l00g magnesium. Sample yang diekstrak dengan pelarut pula mempunyai nilai pH 6.73±0.63, jumlah pepejal larut 3.06±0.37, keasidan 1.12±0.58, kandungan air 80.41±0.81%, kandungan lipid 0.12±0.43%, kandungan abu 0.38±0.16%, kandungan serabut kasar 1.24±0.33%, kandungan protein 0.77±0.16% dan kandungan karbohidrat 17.08±0.52%. Keputusan bagi analisis mineral pula adalah 0.021mg/100g kalsium, 0.103mg/100g natrium, 0.036mg/l00g kalium dan 0.019mg/l00g magnesium. Dalam analisis statistik, tiada perbezaan yang signifikan (P<0.05) yang diperolehi bagi semua komponen nutrien yang dianalisis.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: ant-plant, nutritional value, hot water treatment, rotary evaporator, extraction
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: FACULTY > Faculty of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 15 Apr 2015 12:30
Last Modified: 25 Oct 2017 14:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10816

Actions (login required)

View Item View Item