Rosliah Kiting (2016) Peranan pendidikan talaala dan cadangan cara mewariskannya dalam masyarakat Kadazandusun. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
Peranan pendidikan talaala.pdf Download (23MB) | Preview |
Abstract
Kadazandusun merupakan penduduk peribumi Sabah. Masyarakat ini kaya dengan sastera rakyat. Namun demikian sebahagian besar sastera rakyat tersebut masih dalam bentuk tradisi lisan yang hanya dikuasai oleh orang tua-tua. Oleh itu kajian ini dilakukan untuk mengumpul salah satu puisi Iisan etnik Bundu dalam rumpun Kadazandusun iaitu talaala. Talaala yang diperolehi diterjemah kemudian dianalisis peranan pendidikan dan cadangan cara-cara mewariskannya kepada generasi seterusnya. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kualitatif dengan melaksanakan kerja lapangan untuk mengumpul data. Panduan perlaksanaan mengumpul tradisi lisan oleh Inon Shaharuddun Abdul Rahman digunakan untuk mendokumentasi talaala manakala Teori Penterjemahan Larson untuk menterjemah talaala ke dalam Bahasa Melayu. Teori Fungsl Bascom dan Model Kesantunan Berbahasa Leech digunakan untuk melihat peranan talaala. Teori warisan digunakan untuk melihat cara-cara mewariskan puisi ini. Hasil kerja lapangan ini telah mengumpul sebanyak 199 rangkap talaala yang masih disebarkan secara lisan daripada 20 orang informan. Analisis data mendapati peranan pendidikan yang dibawa oleh talaala adalah memberikan pendidikan iaitu memberikan kesedaran dan keinsafan, menjaga kesopanan dan kebenaran pertuturan, menanamkan sikap ketekunan, mendorong melakukan kebaikan, membentuk sikap sabar dalam menjalani kehidupan sempurna, mengamalkan sikap menghormati sesama manusia, memupuk sikap pemurah dan dermawan serta mementingkan ilmu pengetahuan. Terdapat 13 cadangan cara-cara mewariskan talaala laitu membukukan, penyelidikan, dijadikan sebagai bahan pengajaran, kempen kesedaran, menyelitkan talaala dalam adat atau majlis, digunakan dalam komunikasl seharian, mewujudkan ruangan dalam media, penterjemahan, penyebaran menggunakan teknologi terkini, digunakan untuk mengubah lagu, peraduan, diindahkan dengan grafik dan mengaktifkan penganjuran seminar, kursus dan bengkel. Hasil kajian ini memberikan impak kepada teori dan model tradisi lisan, penyelidikan berkaitan dengan Kadazandusun, pembentukan pelajar sebagai model insan dan kurikulum Bahasa Kadazandusun. Cadangan pengajaran talaala turut dikemukakan untuk mencetus idea kepada guru-guru Bahasa Kadazandusun melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan talaala. Dengan adanya kajian seperti ini, para penulis puisi dapat menjadikannya sebagai panduan untuk mengemaskinl buku puisi dengan lebih tepat. Selain itu, para pelajar pula dapat memahami konsep fungsi talaala secara lebih terperinci.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | oral, poems, Bundu ethnic, talaala, Kadazandusun |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | MUNIRA BINTI MARASAN - |
Date Deposited: | 24 Oct 2017 11:37 |
Last Modified: | 24 Oct 2017 11:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11099 |
Actions (login required)
View Item |