Hubungan Malaysia-Mesir (1957-1970)

Leonie Alcina Joseph (2012) Hubungan Malaysia-Mesir (1957-1970). Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
mt0000000628.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tesis ini membincangkan tentang hubungan Malaysia dan Mesir bermula pada tahun 1957 hingga 1970. Tidak dapat dinafikan bahawa pada era ini, ia merupakan pertembungan ideologi yang amat berpengaruh dalam menentukan pola sistem politik antarabangsa dan hubungan antara negara-negara. Dua ideologi tersebut ialah blok demokrasi-liberal yang diketuai oleh Amerika Syarikat-Eropah Barat, dan blok Komunis-Sosialis yang ditunjangi oleh Soviet Union-Eropah Timur. Pertembungan dua blok ideology ini juga digelar sebagai Perang Dingin ataupun era bipolar. Merujuk kepada Neo-Realisme, pada era ini, tatacara dan hubungan negara-negara akan terbahagi atau berada di bawah pengaruh kedua-dua blok ini. Negara-negara seakan-akan tidak mempunyai pilihan atau alternatif dalam menentukan hala tuju mereka. Dalam kajian kes ini, Malaysia dan Mesir adalah tidak terkecuali. Kedua-dua buah negara mempunyai hubungan yang rapat dengan blok demokrasi-liberal berbanding blok Komunis-Sosialis. Namun, selepas berlakunya Krisis Terusan Suez, Mesir telah menukar hala tuju politiknya dengan menjadi lebih erat dengan Soviet Union. Hubungan Mesir dan Amerika Syarikat telah menjadi renggang.Tindakan Mesir ini walaubagaimanapun tidak menjejaskan hubungan Malaysia-Mesir. Hal ini kerana, situasi atau elemen keperluan domestik Malaysia seperti ekonomi dan hubungan sosial terus teguh mempertahankan hubungan Malaysia-Mesir pada era ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Malaysia, Egypt, Cold war syndrome, Soviet-Socialist bloc, US-West democratic bloc, bilateral relation, foreign policies
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 20 Aug 2015 12:15
Last Modified: 07 Nov 2017 14:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11570

Actions (login required)

View Item View Item