Liaw, Bing Shen (2010) Operasi motor menggunakan tenaga solar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002626.pdf Download (8MB) | Preview |
Abstract
Operasi motor elektrik untuk perahu ini menggunakan sistem sel fotovoltaic (PV) sebagai sumber untuk menjana tenaga elektrik daripada tenaga solar. Sistem motor elektrik ini mempunyai kuasa 12V dan kuasa kuda sebanyak 1.5hp. Konsep bagi sistem tersebut adalah penggunaan sebuah motor elektrik arus terus yang disambungkan kepada perahu yang akan bergerak dengan senyap tanpa memberi gangguan kebisingan terhadap persekitaran. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kesesuaian sistem fotovoltaic dalam operasi motor elektrik dan juga dalam aplikasi perahu bermotor elektrik. Selain itu, kajian terhadap tenaga elektrik yang dijana akan dilakukan dan seterusnya digunakan untuk mengecas semula 12V bateri untuk terus menghidupkan motor dalam perahu. Dalam kajian ini, masa untuk mengecas dan menyahcaskan bateri akan dicatatkan. Ujikaji tork dalam motor elektrik arus terus akan dijalankan bagi mengkaji daya yang akan dihasilkan untuk memutarkan turbin. Keputusan kajian menunjukkan bahawa proses pengecasan bateri hanya memerlukan masa 60 minit dengan menggunakan sistem fotovoltaic manakala masa untuk proses menyahcaskan bateri ialah 240 minit dengan menggunakan motor elektrik arus terus yang disambungkan kepadanya. Kesimpulannya, operasi perahu bermotor arus terus dapat berfungsi dengan lama dan senyap.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | photovoltaic sel (PV), direct current (DC) outboard motor, horse power, solar, eco-silence system, electrical motor boat |
Subjects: | Q Science > QC Physics |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 01 Sep 2015 13:22 |
Last Modified: | 27 Oct 2017 09:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11620 |
Actions (login required)
View Item |