Kajian tentang penghasilan nilai voltan lemah dari spesis tumbuh-tumbuhan dan pokok yang berlainan

Wee , Siew Ling (2010) Kajian tentang penghasilan nilai voltan lemah dari spesis tumbuh-tumbuhan dan pokok yang berlainan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini merupakan analisis tentang penghasilan voltan lemah dari spesis tumbuhan dan pokok yang berlainan. Sam pel yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti ubi kentang, aloe, batang pokok pisang, dan batang pokok Kedondong. Sepuluh jenis pasangan elektrod yang berlainan digunakan untuk mengkaji nilai voltan yang dihasilkan oleh tumbuhan. Hasil menunjukkan penggunaan pasangan elektrod Kuprum dan Zink menghasilkan nilai voltan yang paling tinggi. Eksperimen yang dijalankan terhadap ubi kentang pada kedalaman 1 cm, 1.5 cm dan 2 cm masingmasing menghasilkan nilai voltan maksimum sebanyak (0.9947 ± 0.0001) V, (0.8300 ± 0.0001) V dan (0.7960 ± 0.0001) V manakala eksperimen terhadap aloe dengan kedalaman 1 cm, 1.5 cm, 2 cm masing-masing adalah (0.9947 ± 0.0001) V, (1.0093 ± 0.0001) V, dan (0.9960 ± 0.0001) V. Selain itu, ujian terhadap batang pokok pisang dengan kedalaman 1 cm, 2 cm, 3 cm dan 4 cm menghasilkan nilai maksimum sebanyak (0.9556 ± 0.0001) V, (0.9665 ± 0.0001) V, (0.9750 ± 0.0001) V dan (0.9488 ± 0.0001) V masing-masing. Akhirnya bagi batang pokok Kedondong, eksperimen pada kedalaman 1 cm, 3 cm dan 5 cm di mana jarak antara elektrod ditetapkan sebanyak 4 cm menghasilkan nilai voltan maksimum sebanyak (0.8627 ± 0.0001) V, (0.8115 ± 0.0001) V, dan (0.8341 ± 0.0001) V masing-masing. Daripada empat jenis sampel yang digunakan, diperhatikan bahawa batang pokok Kedondong menghasilkan nilai voltan yang paling rendah berbanding dengan yang lain. Tambahan pula, data eksperimen bagi ubi kentang, tumbuhan aloe, batang pokok pisang dan batang pokok Kedondong menunjukkan penghasilan nilai arus maksimum sebanyak (0.134 ± 0.001) mA, (0.083 ± 0.001) mA, (0.289 ± 0.001) mA dan (0.273 ± 0.001) mA masing-masing. Kesimpulannya, faktor jenis elektrod, kedalaman, dan jarak antara elektrod yang berlainan memberi kesan terhadap penghasilan nilai voltan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: voltage, plantation, banana tree trunk, potato, aloe, Kedondong tree trunk, electrode, zinc and copper
Subjects: Q Science > QC Physics
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Sep 2015 17:25
Last Modified: 02 Sep 2015 17:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11689

Actions (login required)

View Item View Item