Peneutralan sauran asid lombong menggunakan cengkerang laut Geloina similis dan Strombus canarium

Norashidah Abdul Razak (2010) Peneutralan sauran asid lombong menggunakan cengkerang laut Geloina similis dan Strombus canarium. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002664.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap peneutralan saliran asid lombong (AMD) telah dijalankan dengan menggunakan cengkerang laut Geilona similis dan Strombus canarium yang bertindak sebagai bahan peneutral. Sam pel air saliran asid lombong diambil di bekas tapak Lombong Tembaga Mamut. Reaktor rawatan yang mengandungi ruang pengenapan, ruang peneutralan dan ruang permonitoran telah direkabentuk bagi tujuan rawatan peneutralan. pH saliran, kandungan logam berat dan morfologi permukaan cengkerang dibandingkan sebelum dan selepas rawatan untuk melihat tindakbalas peneutralan yang terhasil. Permonitoran pH telah dijalankan selama tujuh hari menggunakan tiga jenis bahan peneutral bagi setiap ruang permonitoran di dalam reaktor rawatan. Kaedah Spekroskopi Pelepasan Atom Berpasangan (ICP-OES) telah digunakan untuk menganalisis kandungan logam manakala Mikroskop Elektron Pengimbas (SEM) digunakan untuk mengkaji morfologi permukaan cengkerang yang digunakan semasa proses rawatan. Permonitoran pH menunjukkan peningkatan pH saliran asid lombong daripada pH 2.8 sehingga ke pH 7 selama 24 jam bagi ketiga-tiga jenis bahan peneutral. Kajian ini menunjukkan cengkerang laut berupaya meneutralkan saliran asid lombong. Percampuran kedua-dua spesies menunjukkan peningkatan pH yang tertinggi berbanding penggunaan satu spesies di akhir rawatan iaitu dari pH 2.8 ke pH 7.2. Kepekatan logam berat bagi Aluminium menunjukkan penurunan paling tinggi dengan nilai penurunan sebanyak 37.8 peratus manakala logam-Iogam lain menunjukkan penurunan kepekatan kecuali Magnesium. Perubahan keliangan pula dapat diperhatikan pada kedua-dua permukaan cengkerang G. similis dan S. canarium.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Acid Mine Drainage (AMD), Geilona similis, Strombus canarium, neutralizing agent, Mamut Copper Mine, treatment, basin, Inductive Couple Plasma-Optical Emission Spectrometry (ICP-OES), Scanning Electron Microscope (SEM)
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 02 Sep 2015 16:55
Last Modified: 27 Oct 2017 09:52
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11696

Actions (login required)

View Item View Item