Taburan semasa minyak dan gris di dalam Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Lorny Som (2010) Taburan semasa minyak dan gris di dalam Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
11724[1]

Download (23kB)

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi menentukan taburan semasa minyak dan gris di dalam Sungai likas. Persampelan telah dilakukan sebanyak dua kali, iaitu pada 07hb dan 21hb Januari 2010 dan masing-masing adalah ketika keadaan surut dan pasang. Sebanyak sepuluh stesen telah dipilih untuk menjalankan persampelan di sepanjang Sungai likas. Stesen yang dipilih adalah berdasarkan titik punca dan sumber utama pencemaran minyak dan gris ke dalam air Sungai likas. Kaedah pengekstrakan berpandukan APHA telah digunakan untuk menganalisis sampel air. Analisis data menunjukkan air Sungai likas telah melebihi 40 µg/L iaitu nilai yang ditentukan oleh Piawaian Kualiti Air Nasional Malaysia. Julat purata minyak dan gris yang diperolehi bagi stesen persempelan yang telah diambil adalah diantara 40 - 480 ± 60 µg/L. Julat purata parameter in-situ bagi suhu adalah 29.55 ± 0.07 DC hingga 31.90 ± 0.14 DC, pH adalah 7.10 ± 0.14 hingga 7.80 ± 0.14, oksigen terlarut adalah antara 1.30 ± 0.28 mg/L hingga 7.35 ± 0.07 mg/L, konduktiviti adalah antara 410.0 ± 20.0 µS/cm hingga 351.9 ± 17.0 µS/cm dan saliniti adalah antara 0.13 ± 0.04 ppt hingga 19.15 ± 0.64 ppt. Secara keseluruhan Sungai likas dikategorikan masih di tahap kualiti yang baik jika hanya dibandingkan dengan parameter minyak dan gris.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: oil, grease, tide, Likas River, extraction, water pollution
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 15 Oct 2015 16:46
Last Modified: 27 Oct 2017 10:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11724

Actions (login required)

View Item View Item