Mohd Izzam Idrus (2010) Perbandingan komposisi dan kelimpahan ikan semasa monsun barat daya dan monsun timur laut di Teluk Cowie, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002697.pdf Download (9MB) | Preview |
Abstract
Kajian tentang perbandingan komposisi dan kelimpahan ikan semasa Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut di Teluk Cowie, Sabah telah dijalankan di perairan Teluk Cowie, Sabah pada Mei dan Jun 2009 (Monsun Barat Daya) dan November dan Disember 2009 (Monsun Timur Laut). Sebanyak empat trip persampelan telah dijalankan pada waktu siang ketika pasang surut anak setiap bulan. Data yang diambil adalah secara rawak mengikut alatan yang digunakan oleh nelayan iaitu Pukat Tunda, Kelong, Pukat Tangsi, Pukat Hampas dan Pukat liga Lapis berpusat pada 4°19'18.72U 117°41'. 19.43T. Saiz mata Pukat Tunda adalah 0.5 inci iaitu Pukat Tunda Udang, saiz mata Pukat Tangsi adalah 2 inci, saiz mata Pukat Hampas adalah 0.5 inci dan saiz mata Pukat Tiga Lapis adalah mata luar 2 ind serta mata dalam 1 inci. Selain itu Kelong bersaiz 130 meter panjang, Iebar 30 meter dan tinggi 5 meter juga digunakan. Sebanyak 66 spesies ikan telah ditangkap dan dikenalpasti dalam kajian ini dan sebanyak 5759 ekor ikan telah ditangkap sepanjang kajian dijalankan. Sebanyak 56 spesies ikan ditangkap pada Monsun Barat Daya dan sebanyak 43 spesies ikan telah ditangkap pada Monsun Timur Laut. lkan yang paling dominan pada Monsun Barat Daya adalah Parascolopsis tanyactis (16%), Lepturacanthus savala (13.22%), Sillago sihama (5.62%), Illisha elongate (11.13%), Gazza minuta (9.13%), Arius acrocephalus (7.25%), Johnius coitor (5.84%), Sillago sihama (5.62%), Anodontastoma chacunda (4.92%) dan Thryssa hamiltonii (3.45%). Manakala spesies dominan pada musim Monsun Timur Laut adalah Anodontastoma chacunda (20.5%), Triacanthus nieuhofi (11.540/0), Parasco!opsis tanyactis (10.1%),Thryssa hamiltonii (9.67%), Illisha elongata (4.91%), Parascolopsis eriomma (3.9%), Saurida tumbil (3.9%), l.i1gocephalus spadiceus (3.46%), Johnius coitor (3.46%), Pseudorhombus arsius (3.46%) dan Atule mate (3.17%). Pemematian telah dibuat dan mendapati bahawa pada Monsun Barat Daya, tangkapan adalah Iebih tinggi berbanding Monsun Timur Laut.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | abundance of fish, Southwest Monsoon and Northeast Monsoon, Cowie Bay |
Subjects: | S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 04 Sep 2015 16:28 |
Last Modified: | 27 Oct 2017 10:21 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11735 |
Actions (login required)
View Item |