Pengetahuan, sikap dan amalan para peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tawau terhadap Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)

Haslina Bedu (2014) Pengetahuan, sikap dan amalan para peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tawau terhadap Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengetahuan, sikap dan amalan para peserta Taman Kekal.pdf

Download (13MB) | Preview

Abstract

Satu kajian mengenai tahap pengetahuan, sikap dan amalan para peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang terletak di Batu 15, Jalan Apas, Tawau, Sabah telah dilaksanakan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui ciri-ciri demografik dan sosial-ekonomi peserta, mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan amalan peserta projek terhadap Skim Amalan Ladang baik Malaysia (SALM) dan seterusnya mengkaji hubungan antara demografik dan sosial-ekonomi peserta dengan persepsi mereka terhadap terhadap SALM. Kaedah yang digunakan bagi memproses pengumpulan maklumat dilaksanakan melalui temuramah secara bersemuka menggunakan borang soal selidik. Set borang kaji selidik mengandungi soalan berkaitan dengan latar belakang peserta TKPM dan seterusya soalan-soalan berkaitan tahap pengetahuan, sikap dan amalan peserta TKPM terhadap SALM. Kajian ini melibatkan 30 responden dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian Khi Kuasa Dua (x2) dan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dan pengalaman dalam pertanian clengan tahap sikap responden. Tambahan Iagi, terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan dengan tahap pengetahuan dan amalan responden terhadap SALM. Faktor umur tidak mempunyaI sebarang hubungan dengan PSA peserta TKPM, manakala faktor tahap pendidikan mempunyai hubungan dengan PSA peserta TKPM, namun faktor pengetahuan dalam pertanian hanya mempunyai hubungan dengan tahap pengetahuan peserta TKPM. Hasil kajian ini diharap dapat digunakan oleh pihak Seksyen Pengembangan, Jabatan Pertanian Oaerah Tawau atau mana-mana pihak yang berkaitan sebagai bahan rujukan dalam memberi latihan-latihan kepada para peserta projek dalam meningkatkan dan memperbaiki lagi pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) mereka terhadap Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) dalam mereka melaksanakan keglatan pertanian di TKPM tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: level of knowledge, attitude, practices, Food Production, Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM)
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Department: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MUNIRA BINTI MARASAN -
Date Deposited: 17 Jul 2018 13:57
Last Modified: 17 Jul 2018 13:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12

Actions (login required)

View Item View Item