Keadilan organisasi sebagai peramal terhadap interpersonal membantu dan kesetiaan dalam kalangan pekerja wanita di organisasi

Asong, Joseph and Chua, Bee Seok and Jasmine Adela Sabah (2014) Keadilan organisasi sebagai peramal terhadap interpersonal membantu dan kesetiaan dalam kalangan pekerja wanita di organisasi. In: Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014, 11 December 2014, Kota Kinabalu, Sabah.

[img]
Preview
Text
Keadilan_organisasi_sebagai_peramal_terhadap_interpersonal_membantu_dan_kesetiaan_dalam_kalangan_pekerja_wanita_di_organisasi.pdf

Download (44kB) | Preview

Abstract

ABSTRAK Organisasi merupakan satu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu tidak kira jantina, etnik atau peringkat umur yang menjalankan tugas dan peranan masing-masing bagi mencapai matlamat yang sama. Kepelbagai individu dalam organisasi menimbulkan variasi ragam dan tingkah laku yang berbeza-beza. Keadilan organisasi berupaya membentuk tingkah laku pekerja khususnya dalam membentuk sikap membantu rakan kerja yang memerlukan bantuan serta dapat menanamkan kesetiaan pekerja terhadap organisasi. Keadilan organisasi juga berupaya membentuk persepsi yang baik terhadap organisasi serta mengelakkan berlakunya diskriminasi terhadap pekerja. Oleh itu, satu kajian dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengaruh keadilan organisasi terhadap tingkah laku interpersonal membantu dan kesetiaan dalam kalangan pekerja wanita. Seramai 247 orang pekerja wanita di Kota Kinabalu terlibat dalam kajian ini. Kajian menggunakan kaedah tinjau selidik yang melibatkan alat kajian Organizational Justice Survey (OJS) dan Organizational Citizenship Behavior Questionnaire (OCBs). Keputusan analisis mendapati keadilan organisasi mempengaruhi secara signifikan terhadap tingkah laku interpersonal membantu dan kesetiaan dalam kalangan pekerja wanita. Hasil analisis dan implikasi akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam kajian ini. Kata Kunci: Keadilan Organisasi, Interpersonal Membantu dan Kesetiaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Keyword: Keadilan Organisasi, Interpersonal Membantu, Kesetiaan
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Department: SCHOOL > School of Psychology and Social Work
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 13 Nov 2015 11:55
Last Modified: 09 Nov 2017 16:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12246

Actions (login required)

View Item View Item