Surianti Lajuma and Chua, Bee Seok and Agnes Sombuling and Ferlis Bahari (2014) “ Kenapa Saya Percaya Kepada Pasangan Saya? " : satu kajian awal. In: Seminar Kebangsaan Intergriti Keluarga 2014, 11 December 2014, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.
|
Text
Kenapa_Saya_Percaya_Kepada_Pasangan_Saya.pdf Download (47kB) | Preview |
Abstract
ABSTRAK Konsep percaya merupakan satu istilah yang merujuk kepada perspektif sosio-budaya yang dikaitkan dengan satu konsep perhubungan yang membekalkan keselamatan, harmoni, dan kebajikan terhadap individu, pasangan, ahli keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang menjadi penyebab bagi seseorang itu untuk percaya kepada pasangan yang mana ianya berfokus kepada perhubungan dalam perkahwinan. Kajian ini merupakan satu kajian tunggal yang hanya menggunakan seorang subjek (wanita) yang telah berkahwin. Rekabentuk kajian ini adalah menggunakan metod Interpretative Phenomenological Analysis (IPA) yang membolehkan penyelidik untuk mengkaji pengalaman sebenar subjek kajian berkaitan isu yang dikaji. Penyelidik telah menjalankan sesi temubual secara mendalam kepada subjek kajian bagi mendapatkan data. Analisis data dijalankan mengikut metod IPA daripada Smith, Flowers, dan Larkin (2010). Keputusan kajian awal telah membentuk beberapa tema awal berkaitan dengan faktor percaya terhadap pasangan dalam perhubungan; antaranya adalah 1) Keterbukaan, 2) Komitmen, 3) Timbal balik 4) Tempoh perhubungan dan 5) Sikap. Limitasi kajian serta cadangan untuk kajian akan datang turut dinyatakan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED) |
---|---|
Keyword: | Percaya, Pasangan, Hubungan, Interpretative Phenomenological Analysis |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology |
Department: | SCHOOL > School of Psychology and Social Work |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 13 Nov 2015 10:56 |
Last Modified: | 09 Nov 2017 16:14 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12247 |
Actions (login required)
View Item |