Mohd Radzi Mohd Awang (2007) Kajian kualiti air di Sungai Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000238.pdf Download (7MB) | Preview |
Abstract
Kualiti air di sepanjang sungai Inanam telah dikaji dengan mengukur parameter parameter air seperti kepekatan nitrat, nitrit dan fosfat, jumlah pepejal terampai dan analisis klorofil. Persampelan dijalankan sebanyak dua kali. Persampelan kali pertama adalah sampel preliminari, manakala persampelan kali kedua adalah sampel sebenar. Analisis makmal yang dijalankan menunjukkan kehadiran nitrat, fosfat, nitrit, jumlah pepejal terampai danjumlah klorofil. Kepekatan nitrat yang tertinggi adalah 0.2134 ppm. Kepekatan tertinggi bagi nitrit dan fosfat masing-masing adalah 0.1445 ppm dan 0.3527 ppm. Bagi jumlah pepejal terampai, berat tertinggi yang dicatatkan adalah 0.0628 gmlcm3. Bagi analisis klorofil pula, amaun bagi klorofil a, b dan c masing-masing adalah 18.99 mg klorofil 1m3, 47.259 mg klorofil 1m3 dan 71.13 mg klorofil 1m3. Setiap stesen menunjukkan kehadiran bahan-bahan ini. Kadar kehadiran bahan-bah an ini adalah dipengaruhi oleh keadaan semulajadi dan juga aktiviti yang disebabkan oleh manusia seperti penggunaan tanah untuk projek perumahan, kawasan perumahan yang tidak terancang dan kawasan perindustrian. Nilai kepekatan bahan-bahan ini adalah berbeza antara satu stesen dengan stesen yang lain bergantung kepada aktiviti yang dijalankan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Water quality, Preliminary samples, Human activity, Inanam River |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GB Physical geography > GB3-5030 Physical geography > GB651-2998 Hydrology. Water > GB980-2998 Ground and surface waters > GB1001-1199.8 Groundwater. Hydrogeology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 21 Sep 2011 11:10 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 16:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1248 |
Actions (login required)
View Item |