Pembangunan produk coklat berinti campuran pegaga dan rumpai laut

Nurul Fariza Abd Muar (2007) Pembangunan produk coklat berinti campuran pegaga dan rumpai laut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000237.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk membangunkan produk coklat berinti campuran pegaga dan rumpai laut. Pengformulasian bagi coklat berinti adalah berasaskan kepada perubahan dari segi nisbah pegaga dan rumpai laut dan juga gula. Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan dimana hanya 3 formulasi terbaik dipilih dengan menggunakan ujian pemeringkatan. Satu formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian hedonik. Formulasi 4 merupakan formulasi yang mempunyai tahap penerimaan yang tinggi dengan nisbah pegaga kepada rumpai laut 20 : 19, 45% kandungan gula, 0.5% asid sitrik dan 0,4% pektin. Hasil akhir ini kemudiannya akan disimpan pada suhu 9 ±1 °C dan mutu simpanan bagi coklat berinti tersebut dikaji sehingga minggu ke-8 sepanjang tempoh penyimpanan, dari segi ujian fizikokimia analisis yang terlibat adalah penentuan kandungan lembapan, asid lemak bebas dan titik takat lebur pada produk akhir. Ujian kiraan plat jumlah dan ujian kiraan yis dan kulat digunakan dalam ujian mikrob. Ujian perbandingan berganda dijalankan pada minggu ke-4 dan minggu ke-8 untuk menentukan tahap penerimaan produk yang disimpan pada suhu 9 ±1°C berbanding coklat berinti segar yang baru dihasilkan. Hasil menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam analisis fizikokimia bagi produk yang disimpan. Hasil ujian mikrobiologi menunjukkan produk akhir yang disimpan sepanjang tempoh penyimpanan mempunyai nilai kandungan mikrob yang rendah. Berdasarkan kepada hasil ujian perbandingan berganda menyatakan bahawa tahap penerimaan terhadap coklat berinti yang disimpan adalah berkurang daripada coklat berinti yang segar. Sebanyak 85% daripada respon pengguna menyukai produk coklat berinti ini dan 90% akan membelinya. Kesimpulannya, terdapat perbezaan di antara produk yang disimpan selama 8 minggu dengan produk segar.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Chocolate with mixed pegaga, Seaweed filling
Subjects: T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 21 Sep 2011 15:25
Last Modified: 12 Oct 2017 16:13
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1249

Actions (login required)

View Item View Item