Claudya Jeleson (2010) Penentuan pemalar pengionan, pKa, bagi asid askorbik, asid benzoik dan vanilin dengan menggunakan elektroforesis kapilari. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002756.pdf Download (1MB) | Preview |
Abstract
Elektroforesis kapilari memberikan masa migrasi bagi sampel mengion dalam larutan penimbal. Masa migrasi ini digunakan untuk menentukan mobiliti efektif bagi setiap sampel. Kemudian, nilai mobiliti efektif ini digunakan dalam pemplotan graf. Terdapat dua kaedah dalam penentuan pKa, iaitu melalui graf mobiliti efektif melawan pH dan graf pH melawan log 1/µ - 1. Tujuan menggunakan dua kaedah ini adalah untuk mengetahui kaedah yang lebih sesuai dalam penentuan pKa. Kecerunan lengkungan atau kecerunan garis lurus merupakan nilai pKa bagi sampel tersebut. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah asid askorbik, asid benzoik dan vanilin. Ketiga-tiga sampel ini mempunyal kadar pengionan yang berbeza dalam empat jenis larutan penimbal, yang masing-masing mempunyai pH 2.85,5.40, 7.10 dan 9.65.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | capillary electrophoresis, migration time, ascorbic acid, benzoic, vanillin, ionization rate |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 29 Feb 2016 14:27 |
Last Modified: | 27 Oct 2017 17:20 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12893 |
Actions (login required)
View Item |