Mohd Najib Abd Rasid (2008) Penggunaan baja komersial sebagai media asas untuk pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis Gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000002872.pdf Download (636kB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan baja komersial orkid iaitu Florica 63 berkepekatan 2 gl�¹ dan 3 gl�¹ dan New Dagoshima yang ditambah dcngan tiga kepekatan berbeza sukrosa (2 %, 3 % dan 4.5 %) dan kompleks aditif homogenat pisang berkepekatan 0 %, 10 % dan 15 % terhadap pertumbuhan dan perkembangan protokom orkid Phalaenopsis gigantea. Kajian ini telah dijalankan selama 100 hari. Hasil kajian pada hari terakhir cerapan mendapati bahawa media asas NDM menunjukkan kesan pertumbuhan dan perkembangan protokom yang terbaik dengan menunjukkan nilai Indek Pertumbuhan (IP) tertinggi (395.89) berbanding dengan media asas Florica (301.25). Untuk kesan kepekatan berbeza sukrosa pula. didapati penambahan 3% sukrosa adalah yang terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan protokom (321.11). Manakala, penambahan 10% atau 15% homogenat pisang didapati tidak meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan protokom secara signifikan. Media yang tidak mengandungi homogenat didapati memberikan IP (361.67) yang lebih baik (P<0.05) berbanding dengan IP dari media yang mengandungi pisang (10 % dan 15 %, masing-masing 314.38 dan 307.92). Secara amnya hasil kajian mendapati media NDM yang mengandungi 2 % sukrosa tanpa homogenat pisang merupakan media terbaik untuk pertumbuhan dan perkembangan protokom P. gigantea.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | orchid fertilizer, Florica, Dagoshima, Phalaenopsis gigantea, protocorm, Growth Index |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 02 Jun 2016 09:53 |
Last Modified: | 30 Oct 2017 10:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13006 |
Actions (login required)
View Item |