Pembangunan gegulung buah naga(Hylocereus polyrhizus) bersama rumpai laut (Kappaphycus alvarezii)

Quah, Xiau Tung (2015) Pembangunan gegulung buah naga(Hylocereus polyrhizus) bersama rumpai laut (Kappaphycus alvarezii). Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000002963.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan produk gegulung buah naga bersama rumpai laut. Buah naga merah Hylocereus po/yrhizus dan rumpai laut Kappaphycus alvarezii digunakan sebagai bahan mentah dalam kajian ini. Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan dengan kombinasi tiga peratusan puri buah naga (55%, 650/o,75%), tiga peratusan rumpai laut (8%, 10%, 12%), sukrosa sebanyak 10%, asid sitrik sebanyak 1%, dan air sebagai pelengkap formulasi. Fl, F2, dan F5 telah terpilih sebagai tiga formulasi yang digemari oleh para panel melalul Ujian Pemeringkatan(BIB). Melalui ujian sensori skala hedonik, formulasi F2 yang mengandungi 55% puri buah naga, 10% rumpai laut, 10% sukrosa, 1% asid sitrik, dan 24% air telah terpilih sebagai formulasi yang terbaik. Analisis proksimat menunjukkan gegulung buah naga bersama rumpai laut F2 mengandungi 9.19% lembapan, 2.32% abu, 2.14% protein, 0.01% lemak, 12.69% serat kasar, dan 71.35% karbohidrat. Analisis antioksidan telah dijalankan untuk menentukan kandungan antioksidan dalam gegulung buah naga bersama rumpai laut yang dihasilkan. Jumlah kandungan fenolik yang terkandung dalam produk yang dihasilkan adalah sebanyak 179.40mgGAE/g b.k . manakala aktiviti Pemerangkapan Radikal Bebas2 ,2-diphenyl-l-picrylhydrazy(l DPPH) adalah sebanyak1 5.56%. Ujian mutu penyimpanan telah dijalankan melalui analisis fizikokimia dan analisis mikrobiologi untuk mengkaji sebarang perubahan pada atribut-atribut produk gegulung buah naga bersama rumpai laut sepanjang tempoh lapan minggu tempoh penyimpanan. Analisis fizikokimia melibatkan penentuan perubahan pH, jumlah pepejal larut, dan warna. Secara keseluruhannya, hasil ujian fizikokimia menunjukkan bahawa nilai pH dan warna menurun manakala nilai jumlah pepejal larut meningkat. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa gegulung buah nagabersama rumpai laut masih selamat dimakan sepanjang lapan minggu tempoh penyimpanan. Ujian pengguna dijalankan untuk mengetahui tahap penerimaan pengguna terhadap produk yang dihasilkan. Hasil ujian pengguna menunjukkan terdapat 80% pengguna berminat untuk membeli produk baru ini sekiranya terdapat di pasaran. Ini menunjukkan bahawa produk gegulung buah naga bersama rumpai laut berpotensi untuk dipasarkan dalam pasaran Malaysia

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Seaweed , Hedonic scale sensory test , Microbiology test
Subjects: ?? SH393_Seagrasses ??
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 16 May 2016 13:18
Last Modified: 30 Oct 2017 10:25
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13143

Actions (login required)

View Item View Item